Photobucket

Tuesday, August 4, 2009

" Iman, mana tudung awak?"


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua :)


Iman tengah dok mengingat balik pelajaran yang lepas..tiba-tiba Iman istighfar. Astaghfirullah, ya Rabbi.. Iman teringat pesanan ustazah Marie.."Renungilah dan fikirkanlah masalah umat manusia setiap hari biarpun sesaat.." MasyaAllah...Iman pentingkan diri kot selama ini, tidak begitu meluangkan masa memikirkan semua ini.:(

Di sini, bukanlah haedak menyatakan yang kita mesti menjaga tepi kain orang atau menyibuk-nyibuk akan hal orang lain tetapi rasa "cautious dan alert" akan sekeliling itu amatlah penting. Dalam erti kata lain, amalkanlah "Amar makruf nahi mungkar" insyaAllah.

Iman memang berkawan dengan semua orang, tidak suka berkelompok apatah lagi bergelumang dengan yang bertudung labuh sahaja. Seringkali Iman menegaskan dengan sahabiah bahawa tudung labuh BUKANLAH TALI PENGUKUR TAHAP KEIMANAN SESEORANG!!! (bunyi marah je, heehe taklah :) Sebaik-baik pakaian ialah pakaian takwa :) Janganlah terdetik dalam hati tanggapan negatif pada yang tidak benutup auratnya dengan lengkap tetapi bersangka baiklah. Mungkin dia tidak mempunyai pemahaman yang sepenuhnya tentang aurat itu sendiri. Malah, bagi diri Iman sendiri, Iman memakai tudung pada awalnya kerana ustazah di sekolah menengah menegaskan bahawa tudung itu wajib, namun Iman sendiri tidak tahu dalil di sebalik pernyataan itu serta hikmah dia sebalik perintah Allah yang begitu cantik itu.

Menegur.. biarlah secara berhikmah. Teringat imbasan kejadian yang menyedihkan hati Iman semasa di sekolah menengah dahulu. Imanlah antara yang tidak menutup aurat/"free-hair' pada masa itu. Bertudung hanya pada waktu Pendidikan Islam (haha..adoi!). Selapas tu, tudung ditanggalkan dengan selambanya, (hehe lagi!). Pada suatu masa itu, seorang ustazah Iman datang approach Iman. Kejadian itu amat segar dalam ingatan biarpun sudah lebih 10 tahun ia berlaku. Beliau menegur, " Iman, mana tudung awak? Awak tahu tak menutup aurat itu wajib? Berdosa kamu tahu??" Astaghfirullah, rasa nak menangis sahaja pada ketika itu. Iman memang menahan sahaja air mata yang hampir melimpah ruah dan dalam hati Iman, semakin membenci menutup aurat dan merasakan Islam itu membebankan, apatah lagi ditegur dengan cara sedemikian. Iman mengakui bahawa Iman pada mulanya tidak memakai tudung atas kerelaan sendiri, tetapi alhamdulillah semasa berumur 18 tahun, Iman mula memakai tudung dengan istiqamah..Ya Allah, tetapkanlah hati ini dalam jalan ke arah keredhaan Mu..

Sejak kejadian itu..apabila ia berlaku sendiri pada diri ini, Iman akui, semuanya ada hikmah tersembunyi. Iman dapat merasai bagaimanalah perasaan seorang yang membuat kemungkaran tanpa ilmu yang cukup; ditegur dengan cara yang kasar atau tidak berhikmah, astaghfirullah!!

Boleh jadi Allah memilih antunna semua menjadi insan terpilih untuk menegur rakan-rakan yang membuat kesilapan atas dasar kurang ilmu atau keengganan mematuhi perintahNya. Ingatlah semua, menegur secara berhikmah tu sendiri dapat menjadikan islam itu dilihat begitu indah dan menarik di pandangan kaca mata orang bukan Islam..insyaAllah. Islam itu indah, subhanAllah!!
Berhujah biarlah atas dalil dari al Quran, bukan sekadar berkata-kata tanpa bukti atau ilmu. Astaghfirullah..

InsyaAllah Iman akan menceritakan kisah semasa Iman mula-mula bertudung dulu..insyaAllah..

No comments:

Post a Comment