Assalamualaikum wbt
Mungkin pembaca pelik, asyik isu wanita je dalam blog ni, hehe. Semua ini kebetulan, masyaAllah. Hati ini tergerak menulis mengenai hal ini, semua ini aturan Allah :p
Dalam pengalamanku sendiri (dah confuse nak bahasakan diri ni "aku" atau "Iman"..ape2 je la, hehe), gerak hatiku kuat untuk bertudung labuh setelah 4 tahun mula bertudung. Mengapa? Aku sendiri tidak pasti, tetapi aku yakin Allah yang menggerakkan hati ini untuk berbuat demikian. Aku bukannya terikut-ikut dengan sesiapa, dan berperasaan riak itu jauh sama sekali, nauzubillah!! Di kala aku kuat dan teguh dengan pendirianku, aku mula mencari kedai-kedai menjual tudung bidang 60', namun di sebalik ilmuku yang cetek, aku hanya membeli kain bawal 60' pelbagai warna tetapi tidaklah jarang 'pada pandanganku'.. Dengan kuasa Allah, Allah tunjukkan bahawa tudungku selama ini menampakkan bayang leherku sebenarnya, astaghfirullah, tanpaku sedari. Alhamdulillah, aku menyedari hal ini apabila kakakku mengambil fotoku semasa rehlah di K Terengganu, dan dalam foto itu, aku sendiri melihat bayang leherku kerana berlatar belakangkan cahaya terang..astaghfirullah!!!
Sejak dari itu, aku mula mencari-cari tudung labuh yang tidak jarang materialnya. Mungkin aku kurang explore betul2..aku mula letih dengan pencarianku. "Hunting" ku berakhir apabila aku mula bertekad memakai tudung bulat sekali-sekala.. MasyaAllah ....aku merasakan selamat dan selesa yang teramat sangat. Malah, mudah untuk aku memasukkan stetoskop melalui bawah tudung semasa di hospital, masyaAllah!!
Pada hari pertamaku bertudung labuh, aku dapat merasakan aku ini bagaikan makhluk asing dan rakan-rakan mula meninggalkanku kecuali sahabiah yang memahami keadaanku serta menerimaku tanpa rasa kekok.. Junior mula bertanya kerana pelik dengan perubahan drastikku, " Kak, kenapa akak berubah, apa yang menyebabkan akak terdetik untuk berubah?" "Semua ni kuasa Allah," ringkas sekali jawapanku. Aku tidak pernah berputus asa, aku sedar, aku sendiri mempunyai persepsi negatif terhadap muslimah bertudung labuh pada suatu masa dahulu; dan apabila aku sendiri bertudung labuh, masyaAllah, aku sendiri mengalami situasi itu.. Apalah sangat dugaan Allah ini, aku tidak patut melatah atau bersedih, tetapi ini sepatutnya menjadi motivasi dan kekuatan buatku untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Aku cuba mendekati rakan-rakanku, namun mereka nampaknya seboleh-bolehnya cuba menyisihkanku..Ya Allah, sedih juga hati ini, namun aku berpegang pada prinsip," Pandangan Allah lebih penting daripada pandangan manusia". Benar, pentingkah kita memikirkan sangat tanggapan buruk orang pada kita biarpun pada hakikatnya kita melakukan sesuatu yang tidak salah? Perlukah kita meratapi nasib buruk kita? Ingatlah bahawa dugaan Allah itu sungguh cantik sekali aturannya, dengan tujuan menggalakkan kita mempelajari hikmah indah yang merupakan tarbiyyah "directly" dari Allah yang diberikan kepada insan yang terpilih...masyaAllah!!!
Alhamdulillah, rakan-rakanku mula dapat menerimaku. Alhamdulillah, aku berjaya mendampingi mereka atas dasar saudara sesama Muslim dan biarpun kadangkala pendapat kami bercanggah, kami tetap bersaudara!!
Ya Allah, moga ukhuwah kami berpanjangan dan jauhkanlah sifat riak dan takabbur dari diriku ini, amin..
Tudung labuh, niqab tidak lagi melambangkan "extremists" dalam diriku lagi, insyaAllah!!!
semoga diberikan kekuatan dan terus istiqomah dalam perubahan yang baik itu...
ReplyDeleteSalam, akak pakai niqab sejak bile? =)
ReplyDeletesalam..yes..betul tu kak...pandangan Allah lebih penting drpd pndgn manusia...kadang2 org pndg pelik je dgn kite...rase mcm skt hati pun ade...tapi,,,bila fikirkan balik..tak jadi kudis pun sebenarnya...tak beri kesan apa2 pun kat kita..sbb kita lakukannya kerana Allah...(^_^)
ReplyDelete