Photobucket

Tuesday, July 14, 2009

Impian Mujahidah







Mujahidah....itulah namanya. Nama yang memberi pengertian murni dan mendalam buat sesiapa sahaja yang menyebutnya. Mujahidah, puteri kesayangan Hajah Rahmah ini sedang membaca kalam suci. Biarpun merangkak-rangkak, dia tetap sabar dan meneruskan bacaannya dengan penuh tartil.



Mujahidah memang cekal orangnya. Penampilannya tampak sederhana namun sopan dan sedap mata memandang. Itulah hasrat hatinya, menutup aurat sepenuhnya kerana dia yakin bahawa ayat al Quran dalam surah al Ahzab ayat 59 serta an Nur ayat 31 mempunyai pengertian dan hikmah istimewa buat insan bergelar muslimah. “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…” (An-Nur:31).




Mujahidah amat mementingkan auratnya. MasyaAllah, setiap kali dia keluar, stokin tangan dan kaki tidak pernah dilupakan. Tudung labuh dipadankan dengan jubah atau T shirt labuh yang dikenakan menampakkannya ciri-ciri muslimah yang mukminah. Namun, dia seringkali mengingatkan dirinya bahawa selabuh mana pun pakaiannya, walau hingga mencecah lantai sekalipun, pakaian yang paling penting dan murni ialah pakaian takwa.



Indahnya islam..agama yang penuh keindahannya, agama yang teragung. Lidahnya tidak henti-henti berzikir, dan melanjutkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana nikmat iman dan hidayah Allah. Mujahidah bukan begini dulu. Dia jauh berbeza. Sangat berbeza... Dulu dia jahil, tidak mementingkan Islam dalam kehidupan. Sekadar Islam pada nama, dia bukanlah Islam yang sebenar-benarnya. Nak join usroh?? Jauh sekali!!



Benar..hidayah Allah datang mengetuk hati sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Tanpa mengira umur, darjat, rupa, atau apa-apa sahaja. Dia terdetik untuk berubah, dan dia berubah dalam sekelip mata. MasyaAllah!!


Wajahnya yang ayu dan putih mulus, sering menjadi perhatian kaum adam yang rosak hatinya. Di kala menyebut tentang teman lelakinya dahulu..adeh..memang banyak!! Namun kini dia sedar, dia mesti menjaga ikhtilat sebaik mungkin dan berusaha mengsolehahkan dirinya sebelum mengimpikan bakal zauj yang soleh buat dirinya.



Mujahidah, seindah namanya; sekental hati seorang pejuang mujahidah..itulah pengharapannya kini. Dia sangatlah berjiwa kental, sangat bersemangat! Sebaik-baik wanita ialah wanita yang menundukkan pandangan, dan juga tidak dipandang lelaki. Dia sudah bertekad. Sungguh!! Mujahidah ingin memakai purdah. Dia tidak mahu wajahnya menjadi tatapan lelaki ajnabi yang tdak halal baginya. Dia yakin, dengan izin Allah, dia akan istiqamah. Saban hari, pelbagai kajian yang dibuat tentang purdah. Soal hukum, soal pemakaian purdah mengikut suasana sudah dikaji sepenuhnya. Dia enggan berbuat sesuatu tanpa mengetahui sebabnya..itu bodoh namanya.



Kini Mujahidah tenang...MasyaAllah tidak pernah dia merasa tenang sebegitu. Ketenangan dalam rahmat Allah. Cinta Allahlah cinta suci murni, tautan kasih yang teragung!!!


Mujahidah mengimpikan menjadi biadadari syurga, seperti Ainul Mardhiah.. Mujahidah ingin menjadi bidadari syurga buat bakal imamnya.."dengan izin Allah..." bisik hatinya.




akan bersambung..insyaAllah :p


1 comment:

  1. alhamdulillah, nikmat islam & iman itulah antara anugerah yg sgt bernilai buat hamba2..

    Teruskan impiammu wahai mujahidah, kami sebagai para mujahiden akan sentiasa membantu.

    insyaAllah !

    ReplyDelete