Photobucket

Sunday, August 2, 2009

Pertemuan Aturan Allah :)


Salam....


Alhamdulillah....ungkapan ucapan di bibir lahir daripada hati yang ikhlas dan penuh kesyahduan. Mana tidaknya, bertemu lagi sahabiah yang sama-sama berjuang biarpun kami ni tak sebaya (Iman ni memang lagi tua haha) namun, masyaAllah ukhuwah kami memang amat erat.

MasyaAllah, mereka ini sanggup turun dari Sibu (perjalanan naik kereta selama 6 jam) ke Kuching kerana begitu mendahagakan santapan rohaniah sepanjang berada di sibu untuk praktikal. Sesungguhnya niat mereka ini memanglah masyaAllah begitu mengharukan dan mereka tercari-cari usroh di sana (di Kuching ni mudah sebab ada kenalan ustazah etc), dan sehinggakan mereka tersilap menyertai usroh mengenai peranan sebagai suami/isteri (tapi, apa salahnya,kan?) hehe.


Pertemuan dan perpisahan kerana Allah dan niat semata-mata keranaNya insyaAllah akan mendatangkan keberkatan buat kedua-duanya. Kami berborak panjang, dan menggunakan masa sepenuhnya bersama kerana mungkin kami tidak dapat bersua lagi kerana Iman bakal bekerja dalam 5 bulan lagi, insyaAllah. Namun, hati ini sentiasa mengharap, berdoa dan merafakkan kesyukuran kepadaNya dengan harapan kami dapat berjumpa lagi, insyaAllah.

Iman dok dalam kereta dan teringat sesuatu. Masing-masing dok menghayati lagu-lagu IKIM dan Iman tiba2 memcahkan kesunyian pada suatu malam itu. "Tau tak tajuk buku apa yang paling akak sayangi selain La Tahzan? hehe..Nak dipendekkan cerita Iman memperkenalkan buku karya penulis yang amat Iman minati iaitu kak Fatimah Syarha bt Nordin. Beliau adalah isteri kepada abang senior Iman dulu, namanya Farhan Hadi, kini doktor di HKL, masyaAllah. Bukunya bertajuk "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul" amatlah meruntun jiwa, membuatkan Iman tersenyum dan merasakan diri ini seperti berada dalam situasi penulis itu sendiri.

Penulis menceritakan tentang bagaimana seorang lelaki soleh berjaya mengetuk hatinya, biarpun sudah ramai lelaki lain yang bukan calang-calang orangnya cuba memetik bunga di taman. "Approach" yang bermacam2 telah meresahkan hatinya dan menyebabkannya me'reject' bulat-bulat lelaki lain. MasyaAllah, buku ini mengtarbiah diri ini supaya lebih cekal berusaha mengsolehahkan diri ini dengan sepenuh keikhlasan, dan memohon semoga dikurniakan bakal imam atau zauj yang soleh dan berada dalam jalan dakwah, amin..

Sebaik sahaja Iman memberitahu tajuk buku itu, salah seorang sahabiah Iman begitu teruja biarpun tidak mengetahui kandungan buku itu (mungkin Iman tunjuk muka excited sebab buku tu best!). Kami bergegas ke MPH walaupun hampir tutup pada waktu itu. MasyaAllah, kami bertanyakan buku ini di kaunter, dan menurut salah seorang staff di sana, terdapat hanya 3 copies sahaja. Kami ini, termasuk staff, bersungguh2 mencari buku ini, di corner Islamic References. Ya Allah, lama juga kami mencari, namun kami tidak berputus asa sehinggalah sampai satu ketika di mana Iman penat (hehe) lalu berdoa "Ya Allah, temukanlah kami dengan buku ilmiah ini,yaAllah.."..MasyaAllah, selepas beberapa minit kemudian, kami terjumpa buku itu, dan Iman melihat wajah sahabat Iman itu begitu riang dan bahagia sekali (hehe) Alhamdulillah......


Sekembalinya kami di rumah, sahabat Iman tu membaca dengan penuh khusyuk buku baru kesayangannya itu. Iman yang menyambung assignment pada waktu itu, ada sekilas memandang wajahnya, yaAllah, dia tersenyum-senyum bahagia. Sesungguhnya dalam ayat al Quran ada menyebut tentang wanita, keistimewaan wanita solehah, isteri solehah yang merupakan berita gembira buat muslimah solehah serta sumber inspirasi yang hebat, masyaAllah :)

Sahabat Iman yang lain turut memborong buku-buku termasuklah berkenaan sirah Nabawiyah, buku karangan Munif Ahmad dan banyak lagi. MasyaAllah, sejuknya hati Iman melihat kesungguhan sahabiah Iman ini dalam mencari ilmu Allah yang sememangnya akan di bawa bersama oleh kami di kubur, insyaAllah.

"Ya Allah, ketemukanlah kami lagi keranaMu, sesungguhnya tautan hati kami adalah semata-mata keranaMu." Aku amat menyayangi mereka keranaMu ya Rabbi. memndang wajah mereka mengingatkan aku kepadaMu, ya Allah. Ya Rabbi, aku ymemohon jika kami tidak berjumpa lagi dunia, ketemukanlah kami di syurgaMu, biarpun aku tidak layak. Aku mengharapkan keredhoanMu, amin."


No comments:

Post a Comment