Sunday, October 4, 2009

Pakcik yang 'Cool' !

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, dan selawat serta salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW..

Petang tadi saya memiliki kekuatan dan ketenangan yang luar biasa untuk ke hospital. Sudah tentu itulah kegiatan seharian , namun hari ni sedikit berlainan. Apa tidaknya, seronok yang pelik dalam hati, entah mengapa..(kan best kalau semangat macam ni setiap hari..insyaAllah :)

Encik XY, 50-an, dengan thyroid yang besar untuk dibedah esok. Tertera dalam senarai untuk dibedah. Hmm...Nak jumpe pakcik ni la...lalala

Saya melangkah masuk ke dalam wad pembedahan lelaki. Mencari-cari pesakit En. XY, eh mana ya? Oh, rupanya dalam bilik khas di hujung. Saya melangkah masuk ke bilik sambil memberikan salam. En XY sedang terbaring, ditemani isteri saya kira; di sisi. Kedua-duanya tersenyum kembali dan menjawab salam.

Thyroidnya sedikit besar (tidak sebesar gambar di sebelah hehe), matanya merah benar, terbojol sedikit..pada saat itu saya dapat mengagak masalah kesihatannya. Mereka nampak sporting, lebih-lebih lagi isteri beliau. Bersemangat bercerita, mengenai masalah kesihatan suaminya. Kadang-kadang beliau mencelah sambil bergurau biarpun rupa-rupanya macam-macam yang pernah dilaluinya..subhanAllah!

Beliau bakal dibedah esok. Tapi nampak cool sangat. MasyaAllah, rupanya beliau pernah dibedah sebanyak 3 kali sebelum ini, patutlah relaks hehe. 30 tahun lepas, beliau mengalami masalah thyroid, dan sebahagian thyroid telah dibuang. Beliau juga menghidap kanser usus besar, namun alhamdulillah dikesan awal dan berjaya dibedah tanpa kesan sampingan. Ketiga, beliau mempunyai benjolan (lipoma) yang besar dan juga dibedah dengan selamatnya. Malah, macam-macam prosedur dan rawatan di alaminya (teropong, radioiodine dan macam-macam lagi!).

Dia nampak cool!

Isterinya kuat berceloteh. Apa yang seronok sangat sampai sayaberiya-iya untuk bercerita dalam blog ni?

Isterinya bercerita sambil memberikan nasihat. SubhanAllah, inilah tarbiyyah Allah, sungguh Agung!

Suaminya mengamalkan Ayat 7...setiap hari! Malah beliau bercerita, "Penyakit ni kuasa Allah, ubatan pula hanya usaha, namun semuanya datang dari Allah. Kita mesti minta dari Allah, bukan mengharapkan ubatan semata-mata.." beliau bercerita dengan tenang sambil tersenyum.

Saya tersenyum....masyaAllah!

(Sebahagian daripada ayat 7)



Ayat 7 terdiri daripada himpunan 7 ayat dari surah yang berlainan.

Diriwayatkan oleh Ka'bil Akhbar, ia berkata dalam Quran terdapat 7 ayat, yang ketika dibaca atau dibawa, maka siapa pun tidak boleh membinasakannya, menyakitinya, atau mengalahkannya dengan izin Allah!

Ayat 1: surah at-Taubah, 51
Ayat 2: surah Yunus, 107
ayat 3: surah hud, 6
Ayat 4; Surah Hud, 56
Ayat 5: al-Ankabut, 60
Ayat 6: Surah Fathir, 2
Ayat 7: az-Zumar, 38

(Sumber: Kitab majmu' Syarif, Jalan Menuju Bahagia Dunia & Akhirat oleh Muhammad Baihaqi)

Malah beliau mengamalkan ayat-ayat Haekal...Hmm, kene cari tentang ayat-ayat ini, insyaAllah!

Alhamdulillah, saya bertemu dengan pakcik cool!

3 comments:

  1. salam,doc iman..=)

    Jazakillah khairan katsira,ya ukhti kerana sudi berkongsi ayat 7 ini..
    ana pun nak berkongsi sesuatu dengan anti..^_^
    ana ada terbaca tentang ayat-ayat haikal..

    doa haikal tersebut sebenarnya adalah susunan daripada ayat-ayat Quran Al-Karim dari beberapa surah seperti berikut:

    1. Haikal 1: ayat kursi (Al-Baqarah: 255);
    2. Haikal 2: Ali-Imran: 35 dan Al-Isra’: 77 – 80;
    3. Haikal 3: Al-Baqarah: 285 – 286;
    4. Haikal 4: Al-Isra’: 81 – 85;
    5. Haikal 5: Maryam: 4 – 6 dan Al-Fath: 27;
    6. Haikal 6: Al-Jin: 1 – 4; dan
    7. Haikal 7: Al-Qalam: 51 – 52

    Ketujuh-tujuh ayat Al-Quran itu dimulakan dengan frasa: U'iidzu nafsi bilaahil'aliyil 'azhim yang bermaksud 'Aku mohon perlindungan kepada Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha besar.

    Ada sesetengahnya mengatakan terdapat penambahan dua doa haikal lagi sehingga menjadikannya 9 kesemuanya. Penambahan itu ialah;

    Haikal Kelapan: Surah Al-Falaq
    Haikal Kesembilan: Surah An-Nas

    Kedua-dua tambahan surah ini juga dimulakan dengan frasa : U'iidzu nafsi bilaahil'aliyil 'azhim selepas membaca Bismillah.

    Doa Haikal ini merupakan sebuah doa yang amat ampuh sekali untuk kita amalkan kerana khasiatnya amat banyak. Bagi sesetengah individu mungkin merasa berat untuk menerima faedah dan khasiatnya yang dilihat terlampau banyak. Faktor ini sedikit sebanyak telah menimbulkan keraguan orang ramai untuk menerimanya.

    Secara ringkasnya, Doa Haikal ini memang mempunyai khasiat yang amat besar. Terpulanglah bagi kita untuk mempercayainya.Dan ini merupakan salah satu daripada amalan yang baik dilakukan oleh para Muslimin dan besar fadhilatnya..wallahu'alam..

    Siiru a'la barakatillah..(",)

    ReplyDelete
  2. ana doakan semoga operation pakcik "cool" berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah..
    semoga ALLAH swt mempermudahkan segala-galanya..
    ameen..ameen..ameen..

    *jangan lupa inform kondisi tentang pakcik tu pada ana ye..

    ReplyDelete
  3. Salam Niesa Imana..

    MasyaAllah, barakallahufiki!

    yeay, alhamdulillah, dah tau, thanks Niesa comel!

    insyaAllah, yang penting kita amalkan dengan istiqamah kan? Moga Allah berikan kekuatan untuk kita meningkatkan amal dan prestasi agar cemerlang di dunia dan akhirat, amin..

    Syg Niesa!

    ps; insyaAllah ana update ttg pakcik cool, hehe

    ReplyDelete