Wednesday, November 4, 2009

Life....... and Appreciating..

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah.....sambil menghirup sawda (aahh nikmatnya)..sekembali dari perbincangan dengan kawan-kawan seperjuangan, kepala agak tepu. Moga perbincangan tadi membawa keberkatan dan sedikit sebanyak membantu membina keyakinan dalam peperiksaan kelak insyaAllah.

Saya teringat salah satu "Vitamins for the Heart" oleh Prof Muhaya Mohamad; iaitu appreciate each and every person that you meet in your life, because you may not have those moments in your life anymore. (urm, mungkin ayat ni tidaklah setepat kata-kata beliau, tapi maksudnya serupa).

SubhanAllah...........

Teringat pertemuan dengan Aisyah di Makkah...dan saya tidak menggunakan peluang yang Allah berikan pada masa itu dengan sebaiknya. Namun saya tidak patut menyesal, kerana setiap kejadian ada hikmahnya. Begitu juga dengan adik-adik sehalaqah dahulu; pada masa itu saya agak "hijau" dalam halaqah. Peranan sebagai naqibah tidak digunakan dengan semaksima mana.

Pada awal pembabitan dalam halaqah, saya berperanan sebagai naqibah buat pertama kalinya dalam hidup. Pada tahun-tahun sebelumnya, apabila terdengar sahaja adanya usrah atau halaqah, ada sahaja alasan untuk tidak pergi yang dirasukkan syaitan dalam kepala. Penuh imaginasi...dan kreatif! :(

Dengan bantuan naqibah utama dan rujukan kitab-kitab, saya memulakan bicara. Malam sebelum usrah, hati berdebar-debar dan air liur kering. Mampukah saya?? Alhamdulillah, semuanya lancar, biarpun pengisian ringkas, namun penuh makna. Saya pernah terdengar tazkirah: orang yang memberi tidak bermakna lebih baik dari yang mendengar. Sahih! Namun yang penting, pengisian itu berpanjikan Quran, Sunnah, pemahaman yang dalam dan jitu serta penuh keikhlasan!! Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui niat di hati kita :)

Saya bersyukur ditemukan dengan adik-adik junior yang mana hati mereka amat menjurus ke arah agama. Hidup di dunia dalam BERAGAMA.. Banyak yang saya belajar daripada mereka biarpun usia mereka jauh lebih muda. Kadang-kadang timbul rasa iri hati pada mereka yang berasal dari peraliran sekolah agama; ingin saya berada di tempat mereka. Bukankah Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita?

Rindu pula pada adik-adik di Sibu..yang sedang berhempas pulas kerana masih baru dalam klinikal.. Maaf, gambar-gambar ini tiada kaitan dengan topik hehe..



Namanya "Faya" gabungan nama Alia dan Fatin, hehe. Sebelum ni ia disimpan di sudut bilik, dan dijadikan tempat melepaskan stress oleh housemate lain. Lucu apabila teringat kembali kenangan dulu..bila tension sahaja, mereka terus menumbuk-numbuk Faya sekuat hati, kemudian terus berlalu pergi. Alia dan saya tergamam; tengok saja, hehe..


Pandangan ke luar tingkap dari bilik. SubhanAllah........



Mengambil gambar awan pada setiap hari, memang hobi seharian. Setiap hari saya mengamati awan, pandangan berubah-ubah dan sangat unik, subhanAllah!





p.s: Maafkan saya, entri-entri saya kurang menarik. Moga Allah kurniakan saya lebih banyak ilham untuk menulis. Moga kalian dapat berikan idea...memang saya kekeringan idea ni :(
wassalam



3 comments:

  1. assalamualaikum nurul iman.
    kenangan nurul iman sedikit sebanyak ada persamaan dengan kenangan kakchik suatu waktu dahulu. bila dikenang kembali pasti akan ada rasa menyesal kerana itu tak buat, ini tak buat. tapi kerana kenangan itu juga hari ni kakchik cuba buat yang lebih baik.

    menarik atau tidak penulisan kita biarkanlah pembaca yang menilai. tulislah dari hati, pasti akan ada yang tertarik walau tanpa bahasa berbunga-bunga.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam kakChik..

    SubhanAllah...

    betul, bila kta tulis dari hati, dan penuh keikhlasan kerana Allah..insyaAllah dapat sampai ke hati pembaca, moga kita sama-sama dapat luruskan niat

    tk cr kak chik, moga cepat sembuh :)

    ReplyDelete