Photobucket

Tuesday, April 6, 2010

Wanita..istimewa!


Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Alhamdulillah. Rencana Allah tidak terjangkau dek akal. Inilah kerja Tuhan, sungguh istimewa aturanNya; subhanAllah!

Ukhti Nadrah recommend buku "UNTUKMU WANITA" karangan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman; ustaz terkemuka graduan Universiti Al-Yarmouk, Jordan. Kini beliau melanjutkan pelajaran dalam peringkat pHD di United Kingdom. MasyaAllah. Syukran Ukhti Nadrah! Memang best buku ni!

Jika anda berada di hadapan Rasulallah SAW, adakah Baginda akan tersenyum atau sebaliknya? Jika sebaliknya, bagaimana peluang anda memperoleh syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?

MasyaAllah. Langsung saya terpaku membaca antara tulisan beliau. Begitulah gambaran beliau bagaimana seharusnya wanita; insan istimewa tapi mudah membawa fitnah di muka bumi ini bilamana tidak menjaga syari'at; seharusnya memberati auratnya. SubhanAllah.

Nabi SAW pernah bersabda," Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang boleh membawa mudharat kepada lelaki selain wanita." (Riwayat Al-Bukhari,7/11, Bab Zikir dan Doa)

MasyaAllah. Betapa besarnya fitnah ke atas wanita....dan apabila difikirkan balik, kesan mudharat ke atas kaum adam lantaran daripada kaum hawa yang tidak menjaga syariat seperti mana suruhan Allah SWT memanglah berat. Nauzubillah!

Diriwayatkan dalam sebuah hadis, " Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya)" (Riwayat Al-Uqaily, Dar Qutni dan Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043;Kanzul Ummal, no 41245).

SubhanAllah! Jom pakai jubah..hehe sarung je. Siap boleh lari-lari (kalau nak) dan sememangnya dengan memakai seluar panjang di dalam; pergerakan tidak terbatas langsung! (Cheers!)

Buku karangan ustaz Zaharuddin ini menampilkan soal jawab isu kontemporari kaum hawa yang harus diketahui oleh semua wanita, isteri dan ibu.

Apa lagi...jom baca! =)



2 comments:

  1. Asalamu'alaikum.

    Syukran Kak :)

    Bersemangat baca blog akak!

    Hayya...!!

    ReplyDelete
  2. Salam alaikom sis!

    How are you? :)

    ReplyDelete