Photobucket

Friday, May 21, 2010

It's Never Too Late...

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

"Iman...ada patient baru dalam cubicle 2.." seorang staff nurse memanggil saya di kala ward round pagi itu. Saya menatap makcik dari jauh, melihat beliau memakai nasal prong untuk membantu pernafasannya.

Beliau kelihatan tidak selesa dan tidak berminat untuk berinteraksi. Saya memahami keadaan beliau yang dalam sesak nafas mengganggu pertuturannya. Lama kelamaan sesak nafasnya berkurangan. SPO2=100% alhamdulillah.

MasyaAllah....

Dalam pemeriksaan saya, saya tergamam. Amat sangat. Sedih berbaur hiba. Namun saya buat-buat biasa dan berbincang dengan colleague yang lain berkaitan plan management. Dalam penilaian saya, beliau menghidapi advanced breast Cancer stage T4c N3 Mx.

"Makcik..kenapa makcik tak pernah datang jumpa doktor?" saya bertanya kerana amat pelik mengapa beliau mencuci lukanya sendiri hingga ke tahap yang amat membimbangkan.

Riak wajahnya berubah. Rasa serba salah saya dibuatnya. "Makcik takut?" tanya saya lagi. Beliau mengangguk perlahan-lahan. Saya terkesima. Ya Allah, kasihannya makcik ni.

Anaknya risau, jelas terpancar pada wajahnya.."Macam mana tahap mak saya ni?" perasaan ingin tahu memang jelas dalam dirinya. Saya terdiam sebentar dan cuba menyusun ayat sebaik mungkin.



Saya sedar..saya mesti jujur, tidak memberikan harapan palsu pada mereka. "Begini makcik, adik..tahap ketumbuhan pada makcik ini sebenarnya sudah tahap yang membahayakan. Luka semakin dalam. Makcik, insyaAllah kami akan mulakan chemotherapy pada makcik selepas dapatkan CT scan iaitu makcik masuk terowong tu. Kemudian pada hari sama, dah ada appointment untuk mammogram iaitu untuk memeriksa bahagian lagi satu. Makcik, banyakkan berdoa dan bertawakkal pada Allah. Kami akan usahakan yang terbaik insyaAllah.."
Beliau tersenyum sahaja. Tak dapat saya gambarkan di sini betapa saya ingin menitik beratkan kita untuk benar-benar alert akan kesihatan kita. Sayangi nyawa pemberian Allah.
It's never too late. Bila-bila masa sahaj Allah tarik nyawa kita, kita yang sihat-sihat ini pun belum tentu tahu bila ajalnya, bukan?
It's never too late to repent, to improvise ourselves and turn into a better mukmin. It starts from ourselves..insyaAllah :)

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Kak Iman...
    Moga Allah memberi kekuatan buat Kak iMan menghadapi pelbagai situasi di hospital. Dalam membantu merawat penyakit fizikal, iringi juga penawar buat hatinya supaya terus yakin dan tawakal kepada Allah... :) Banyak doc yang saya jumpa, mereka cepat judge dengan penilaian berdasarkan apa yang mereka pelajari tanpa relate kepada hubungan dengan Allah. Maka pesakit yang sudah down akan semakinnnnn down, lalu murung dan akhirnya kecundang begitu saja.

    Besar peluang kak Iman, sokonglah mereka dengan nasihat keimanan disamping nasihat sudut kedoktoran. Selamat maju jaya ^_^

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt
    Excuse me, I am not talking about the patient instead our lives generally. Indeed, it`never too late..., but before we face our last destiny, Allah SWT quoted in Surah AliImran:102 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ (١٠٢)
    Pastikan kita sudah bersedia betul2 mempelajari dan menghadapi perjalanan ke akhirat. Saya terlalu yakin didalam AlQuran ada menceritakan segala2 keperluan manusia (Surah AlAn`aam: 37 مَّا فَرَّطۡنَا فِى ٱلۡكِتَـٰبِ مِن شَىۡءٍ۬‌ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّہِمۡ يُحۡشَرُونَ ) Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
    dari segi kesihatan, keselamatan diri dan keperluan hidup sebelum menghadapi sakratulmaut yg sudah pasti biar bagaimana ikhtiar yg kita lakukan. Umat Islam telah menjauhkan dari ajaran AlQuran.
    I do believe that the problem nowadays is more about nutrition and contamination made by the hands of men because of disobedience to Allah. Apabila kita berada dalam sistem mereka, mereka ada kekuatan utk melakukan apa saja terhadap org2 Islam hatta sebagai experimen mrk. Wallahualam

    ReplyDelete