Photobucket

Saturday, July 3, 2010

Allah Lebih Menyayanginya.....

Salam semua
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Mesej seorang sahabat; ukhti Nadia yang tidak jemu-jemu menghantar tazkirah buat makanan rohani..

Mengingati mati adalah usaha penting selepas doa. Sentiasa mengingati mati memantapkan hati keinginan supaya hidayah terpelihara. Maut bertandang tanpa memberitahu. Bayangkan apabila maut menjengah dan pada waktu itu kita sedang bergelumang dengan dosa dan iman kita mereput dengan dosan dan derhaka pada Allah. Apa kata hati kita???

MasyaAllah.

Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati kematian. Jiwanya tenang; kematian itu pasti....

Setibanya ke tempat kerja pagi semalam untuk on call...sahabat yang ber-on call pada malam sebelumnya menegur saya, "Iman..." riak wajahnya seperti hendak menyampaikan sesuatu yang sangat penting.

"Makcik...(nama)....meninggal.." nafas saya laju. Hati saya menangis. SubhanAllah, Allah lebih menyayanginya. Arwah meninggal pada malam itu, pada ketika itu beliau sesak nafas dan terus meninggal. Keluarga tidak mahu "active resuscitation" maka kami tidak melakukan hentakan dada pada beliau.

Teringat kata-katanya pada saya, "Lama tak nampak..." beliau selalu tersenyum pada saya. "Bertuahnya makcik ada anak-anak yang sayang sangat; soleh semuanya baik-baik jaga makcik.." Beliau menyapa, "Dengar kata pesakit depan ni tunggu masa je...hmm... makcik ni pun entah bila.." wajanhya sugul. "Makcik...saya yang sihat ni pun entah bila ajal saya. Ajal tak tentu masa dan siapa sahaja..kan makcik?" Beliau senyum pada saya. SubhanAllah.

Kematian demi kematian berlaku di hadapan mata. SubhanAllah. Moga kita sentiasa mengingati kematian.

Arwah akan sentiasa dalam ingatan. Kesabaran dan kecekalan arwah menjadi sumber inspirasi saya. Bersabarlah dalam segala dugaan hidup. Senyumlah di kala kesusahan. InsyaAllah apa yang terbeban menjadi ringan....

Allah lebih menyayanginya...moga arwah berada di kalangan orang beriman. Amin

No comments:

Post a Comment