Monday, July 13, 2009

Al-hibb = cinta dan kasih sayang


Ya!! Aku CINTAKAN ALLAH! Cinta yang amatlah utuh..dan akan kekal utuh selama-lamany

a, insyaAllah :)

Everytime we mention about love, the so-called strong chemistry built between 2 people clicks in our heads....kan?kan? Allah has infinite Mercy, and LOVE towards his creations and especially to His believers :)

As for those who make Allah their friend, and His messenger, and those who believe: It is the party of Allah who are victorious! (Surat al-Ma’ida, 56)

Aku gagahi untuk meraih cintaNya, aku takut dan gusar setiap kali terfikir jkalau suatu hari nanti hidayah ditarik dari diriku kerana mengabaikan cintaNya; iaitu cinta yang suci. aku tidak berani bercinta dengan manusia selagi cintaku pada Allah dan rasulNya tidak seteguh mana.....

Aku terbaca sebuah hadis riwayat hakim, Ibn asakir, al dailami iaitu " Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian menjemputnya, maka dia seorang yang syahid". SubhanAllah!!! aku tidak berani menyatakan cinta pada manusia, tidakku berani lalai menyukai seseorang kerana aku tahu, dan aku yakin seorang kaum Adam telah tercipta buatku dan akan kutunggu saat itu.

Aku cuba perbaiki diriku sabaik mungkin, aku berdoa dengan penuh pengharapan kepadaNya moga aku dapat menjadi muslimah yang mukminah. Aku ingin menjadi sayap kiri perjuangan bakal Imamku, inginku menjadi yang terbaik dan terindah di hadapannya, amin.

"Suamiku, aku mencintaimu kerana AGAMAMU. Jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu." (adaptasi kata2 Imam Nawawi)

p.s...hmm...having probs in uploading pics..the whole post seems to get haywired at each attempt:( pls help!!

No comments:

Post a Comment