Salam semua..syukran buat pengunjung setia (kalau ada, hehe) dan moga antum berada di bawah payungan Allah selalu, insyaAllah.
Iman pernah terfikir..selaku pelajar perubatan yang tinggal berbaki 4 bulan++ ini; (InsyaAllah,amin!!), apakah peranan Iman di hospital selain belajar di hospital selama ini. Pernah tak terdetik di hati Iman untuk duduk berbual dan menyenangi hati pesakit selain daripada kerja "clerking"? Ada tak Iman mendoakan setiap pesakit yang telah Iman temui dan bertegur sapa? Apakah sekian lama Iman dok kat hospital itu, Iman berdakwah secara "indirectly" seperti menasihatkan pesakit supaya banyak berzikir, bersabar dengan dugaan Allah dan sebagainya?
Padahal, apabila difikirkan balik, memang banyak sangat peluang untuk menambahkan pahala selaku pelajar perubatan atau doktor nanti, InsyaAllah!! :)
Seorang sahabat Iman pernah menasihatkan Iman supaya memberitahu pesakit yang sudah sihat dan hampir "discharge" suapaya merenungi setiap kejadian Allah dan mempercayai serta yakin bahawa bukan ubat yang diberikan doktor itu yang menyembuhkan penyakitnya, tetapi semuanya kerana Allah, kekuasaanNya, serta dengan izinnya; malah doktor adalah sekadar perantaraan sahaja.
Iman terfikir, adakah Iman telah melakukan yang terbaik sebagai seorang Muslimah untuk agamaNya di muka bumi ini.. Memang benar,"Sesungguhnya, manusia yang paling baik, ialah yang memanfaatkan orang lain".....Tidak kiralah betapa kecil pun usaha kita; sebagai contoh memimpin pesakit jalan ke bilik air sekalipun, insyaAllah mendapat pahala Allah..Semuanya bergantung pada niat kita, keikhlasan kita dan ingatlah bahawa Allah tidak melihat pada rupa, pakaian dan darjat seseorang, tetapi Allah melihat pada hati kita serta ketakwaan kita pada Ar-Rahman!!!
Mampukah doktor berdakwah di kala kesibukan? gerun juga di hati ini di kala mendengar cerita rakan-rakan bahawa bekerja sebagai HO (Hospital Officer) ini bagaikan mayat hidup, ada ketika tidur sekadar 2-3 jam sehari. Iman selalu memujuk diri ini, bahawa hidup memerlukan pengorbanan, moga Iman bekerja ikhlas kerana Allah. Moga Iman dapat menjadi doktor muslimah yang mukminah dan berjaya,amin! Aik?Nak dakwah cane?? :p
Dakwah itu sendiri bukan bermaksud kene dok beri ceramah jerr...banyak caranya; contohnya menasihati pesakit, dan memastikan pesakit sudah atau tahu cara-cara solat semasa sakit. Berkemungkinan besar kita tidak sempat menunjukkan cara-cara tayammum (contohnya jika tangan pesakit berbalut misalannya), tetapi at least cubalah dapatkan bantuan nurse atau unit dakwah di hospital (jika wujud; takdok kat sarawak) untuk melakukan tanggungjawab ini. InsyaALLAH! Malah, sebelum memasang drip atau mengambil darah pesakit, ucapkanlah sekurang-kurangnya kalimah "Bismillah"..Moga setiap kerja dan urusan doktor nanti mendapat keberkatan Allah, amin.
Di hospital, Iman memerhatikan satu-persatu nyawa yang Allah ambil. Iman menyaksikan kesengsaraan pesakit yang menderita daripada pelbagai komplikasi yang tidak diundang. Iman perhatikan juga pelbagai ragam pesakit yang banyak kerenah.. Moga Iman dibekalkan semangat, kecekalan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi dugaan Allah ini,insyaAllah...
Doakan Iman ya....Walau di mana jua Iman bakal dicampak untuk bekerja nanti. (huhu).Moga Iman dapat menjaga iman dalam diri ini, insyaAllah..
Ameen Allahumma Ameen..=)
ReplyDeleteALLAH menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian..ALLAH tahu anti mampu memikul tanggungjawab..jangan sia-siakan kepercayaan ALLAH pada diri kita..
apa yg penting,Perbaikilah diri dan fahamilah matlamat hidup di dunia sementara ini demi perjalanan yang tidak pasti nasib sama ada beroleh keuntungan atau kerugian di akhirat sana. Manusia akan terlalai dengan dunia, rugi nasibnya di dunia, pasti di akhirat akan lebih merana.
Jadilah manusia beruntung di dunia yang pasti beroleh keuntungan di akhirat. Hayatilah firman Allah yang bermaksud: "Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah At-Taubah, ayat 71)
good luck in your future undertakings..^_^