Mujahidah bersyukur...bersyukur yang amat sangat. Rakannya; Lee, begitu memahami keadaannya, malah tidak kekok berbual dengannya biarpun dia berpurdah. Setelah menerangkan serba ringkas tentang purdah kepadanya, Lee menerima dengan hati terbuka. MasyaAllah!!
Mujahidah teruskan berbual dengan Lee tanpa memperdulikan orang ramai yang memerhatikan Mujahidah. Dia sedar bahawa pemakaian purdah di Sarawak merupakan satu senario yang jarang dilihat di sana, dan dia sedar mungkin ada sesetengah pihak yang tidak akan menyenangi cara pemakaiannya. Dia tenang melayan Lee berborak-borak sambil melihat-lihat reaksi orang ramai terhadapnya. Ada yang merenungnya dengan pandangan tajam, ada yang mencuri-curi pandangan terhadapnya; dan ada juga yang berbisik-bisik antara satu sama lain sambil menunjuk-nunjuk ke arahnya. Mujahidah beristighfar berkali-kali sambil hatinya berbisik," Inilah jalan yang kupilih, inilah caraku bermujahadah, dan ini semua kerana Allah!"....
Mujahidah menyelak purdahnya sedikit untuk menyuap makanan kesukaannya itu ke dalam mulut. Dia melakukannya dengan penuh berhati-hati dengan harapan dia tidak mencomotkan purdahnya serta agar purdahnya tidak terselak sehinggakan mukanya kelihatan. Lee memandangnya dengan penuh minat dan tersenyum dengan gelagat rakannya yang melakukan perubahan diri secara drastik itu.
Lapang rasa hatinya memikirkan bahawa akhirnya wajahnya dapat dihijab daripada pandangan lelaki yang tidak halal baginya. Dia tersenyum lebar..selebar-lebarnya di sebalik kain hitam chiffon yang menabir wajahnya itu, dan tiada siapa tahu......, kecuali Allah!!
No comments:
Post a Comment