Thursday, August 13, 2009
Kerlipan Cinta
Hidayah..Kerlipan cinta-cintaku,
Harum rembulan mawar
Dingin hakis cinta keseorangan
Aku masih menghitung diri...
Inilah antara bibit-bibit lagu yang menusuk kalbu; Kerlipan Cinta oleh kumpulan Rabbani..MasyaAllah!
Sedih.
Sedih yang teramat sangat apabila menerima berita Ustaz Asri telah kembali ke Rahmatullah semalam selepas sesi penggambaran Syahadah:sebuah program specially untuk Ramadhan..
Namun Allah SWT lebih menyayanginya..Moga rohnya dicucuri rahmatNya, amin..
Lagu ini adalah mengenai seorang hamba Allah yang merindui Allah, mengharapkan hidayahNya sebagai tanda cintaNya kepadanya. Lagu ini amatlah berlainan daripada lagu Rabbani yang lain, syahdunya masyaAllah.. Saya teringat masa kecil2 dahulu, lagu Rabbani yang rancak rentaknya telah menarik perhatian saya. Pastinya semua pernah mendengar lagu; Pergi Takkan Kembali Lagi. Biarpun Ustaz Asri tidak akan kembali ke dunia fana ini lagi, insyaAllah moga arwah bahagia sekarang di sisi Allah dan merasai nikmat berehat di alam lain..
Arwah memang istimewa di kalangan penasyid lain kerana anugerah suara yang amatlah sedap apabila membaca Quran. berzikir dan menyanyikan lagu-lagu ketuhanan. Arwah mnggunakan keupayaaan ini ke jalan Allah, berdakwah melalui nasyid sememangnya satu perjuangan dakwah yang unik. MasyaAllah.. Di kala mendengar lagu-lagu lamanya, teringat saya semasa ummi menghantar saya ke sekolah, kami tidak lupa memasang kaset Rabbani dan Raihan..
Ya Allah, adakah aku sudah bersedia menghadapMu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment