Photobucket

Thursday, August 13, 2009

Jom Rempit ke Masjid!


Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas nikmat serta dugaanNya..Syukur atas kekuatan yang Allah kurniakan kepada diri kerdil ini dengan harapan dapat bersama-sama menyampaikan atau berdakwah melalui blog yang serba-serbi ini :)
Jom hayati petikan berikut..

Insan yang berakal menurut Syeikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa'di Rahimahullah dalam bukunya, Al-Wasaailu al-Mufaidah lil Hayatatis Sa'idah ialah : " Mengetahui bahawa kehidupan sebenarnya yang dijalani dengan bahagia dan tenang. Kehidupan ini pendek sekali dan tidak sepatutnya dipenuhi kesedihan dan dalam kesusahan".
Jika seorang hamba Allah ditimpa musibah atau takut menghadapi musibah, dia hendaklah membandingkan antara nikmat yang diperoleh baik dalam urusan agama atau dunia dengan musibah yang menimpanya.

Generasi umat manusia yang sedang menderita berbagai penyakit kejiwaan (penyakit hati) saat ini, hendaklah sering mengunjungi masjid dan menghamparkan keningnya di atas lantai tempat sujud dalam rangka meraih keredhaan dari Ilahi. Dengan melakukan sedemikian, nescaya ia akan selamat dari pelbagai himpitan hidup. Jika tidak, tangisannya tentu akan membakar kelopak matanya dan kesedihannya akan menghancurkan urat sarafnya.

Malah, saya tertarik dengan pengisian tazkirah di surau semalam di mana naqib menyampaikan

bahawa salah satu cara mencari atau mendapatkan hidayah ialah dengan selalu mengunjungi rumah Allah.
{Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu.} (QS. Al-Baqarah: 152).
Mengapa? Di masjidlah tempat paling selesa untuk beribadat kepadaNya..Cuba tanya diri sendiri..Kaki kita ini lebih banyak melangkah ke rumah Allah atau ke tempat-tempat berbaur kemaksiatan? Mahukah keaiban kita dibuka oleh anggota-anggota badan kita pada hari Kiamat kelak asbab kejahilan kita di dunia dan kesombongan kita daripada mengingatiNya? Nauzubillah min zalik!
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut “Allah”, gementarlah hati mereka, dan apabila dibaca ayat-ayatNya, bertambahlah imannya dan kepada tuhanlah mereka bertawakkal " (Surah al Anfal:2)
Marilah kita menadahkan tangan dan berdoa dengan penuh pengharapan semoga Allah menetapkan kita dalam Islam, serta melembutkan hati untuk menerima hidayah Allah, insyaAllah.
Teringat kata-kata Asy Syahid Hassan Al Banna, "Medan cakap lebih luas daripada medan amal." Apakah maksudnya? Bercakap lebih mudah daripada beramal; ramai orang boleh bercakap itu dan ini, tetapi yang hanya sedikit sahaja yang membenarkan apa yang dicakapkan melalui perbuatan.
Saya akui, saya amatlah takut jikalau lidah ini membicarakan atau menyuruh tetap diri sendiri tidak melakukan. Oleh sebab itu, dalam usrah terutamanya, saya berkongsi ilmu yang saya tahu dan amalkan insyaAllah ataupun menyampaikan sesuatu yang baru dan belum pernah dilakukan sebagai motivasi dan nasihat buat diri sendiri..
Hehe, daripada merempit atas jalan raya, jom rempit ke surau/masjid!! :)

No comments:

Post a Comment