Alhamdulillah, syukur sangat pada Allah SWT kerana masih memberikan saya peluang beribadah kepadaNya, meminjamkan nyawa kepada diri kerdil ini, akan saya manfaatkan peluang ini sebaik-baiknya, insyaAllah!!!
Countdown to.....apa? Hmm, bercampur baur perasaan ini, debar dan sebak. 2 bulan, 3 minggu lagi sebelum berakhirnya hidup sebagai pelajar. Sebelum melangkah ke dunia pekerjaan. Macam manalah agaknya kan? Saya berpegang pada kata-kata cerdik pandai: Fikirkan keadaan sekarang, jangan fikirkan panjang tentang yang lepas dan yang akan datang..Sohih!! Allah mengurniakan akal fikiran, gunakan dengan bijak..
" Tuhan memberikan kebijaksanaan kepada sesiapa yang disukaiNya, dan orang yang diberi kebijaksanaan itu, sesungguhnya diberi KEBAIKAN yang banyak, hanyalah orang yang BERAKAL mengerti." (Surah al-Baqarah:269)
Teringat kata-kata seorang ustaz di televisyen semasa sedang sibuk meng'iron' baju..Jagalah hablummin Allah, dan juga hablumminannas!! Walaupun seseorang itu taat macam mana pun pada Allah, tetapi jika tidak menjaga perhubungan dengan manusia, kurang keberkatannya.
Habluminannas yang paling utama: dengan ibu bapa! :) Redha Allah terletak pada redha ibu kita :) Berkasih sayanglah sesama manusia, pertemuan dengan setiap insan yang kita jumpa adalah aturan Allah, maka hargailah dia sebelum Allah menjemputnya.
Mari hayati hadis ini......
Rasulallah SAW mencium Hasan bin Ali, dan di sisinya al-Akra' bin al Tamimi, maka al-Akra' berkata: Sesungguhnya saya ada 10 anak, tidak pernah aku mencium seorang pun daripada mereka. " Maka Rasulallah memandangnya seraya berkata: "Sesiapa yang tidak memberi kasih sayang tidak akan diberi kasih sayang."
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi dan Abu Daud)
Beringatlah, cinta Allah adalah cinta yang hakiki, jangan mengharapkan cinta manusia jika cinta kita pada Allah belum cukup lagi. Ya Allah, syukran atas peluang menggagalkan aku, jika tidak, belum tentu aku dapat menimba macam-macam pengalaman berharga dan belum tentu aku dapat dipertemukan dengan sahabiah baru yang amatku sayangi di sini..
Rindunya berusrah..Rindunya berkumpul dengan sahabat, berkongsi cerita dan masalah..masyaAllah!
Rindunya solat berjemaah di surau kesayanganku!!! Ya Allah, inilah tarawih terakhirku di fakulti ini :( sedihnye....
Teringat kata-kata seorang sahabat yang amat saya sayangi.....Kita tidak selalu dapat apa yang kita hendakkan, tapi kita akan sentiasa dapat apa yang kita perlukan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui!
Ya Allah, moga aku lulus cemerlang dalam peperiksaan kali ini, moga aku dapat menggunakan ijazah ini untuk membangunkan Islam, insyaAllah! Amin..
No comments:
Post a Comment