Tuesday, September 29, 2009

InsyaAllah...................

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..yang tidak terhingga kepada Allah SWT, atas pinjaman dunia ini, akan aku cuba manfaatkannya sebaik mungkin, insyaAllah!!

"InsyaAllah ya..insyaAllah..Semua ni ketentuan Allah." Kata-kata pakcik ini sungguh lembut dan penuh makna, SubhanAllah.

Saya ke wad seperti biasa. Hehe itulah rutin kehidupan pelajar seperti saya (berbaki 2 bulan, amin..). Entah mengapa, hati rasa riang dan sangat tenang. Kelihatan seorang pakcik berkopiah dan berwajah tenang duduk di sisi seorang wanita yang saya agak dalam lingkungan 50+an. Wanita itu terbaring, wajahnya nampak sedikit gusar. Dalam banyak -banyak pesakit, Allah gerakkan diri ini untuk menyapa makcik ini.

"Assalamualaikum.." ...Salam saya tidak berbalas. Hehe rupanya suara perlahan sangat. Saya memberi salam sekali lagi. Kedua-duanya memandang saya lalu tersenyum dan menjawab salam. MasyaAllah, saya rasa tenang sangat, sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Kami saling berpandangan sambil tersenyum seolah-olah sudah lama berkenalan. SubhanAllah dengan ungkapan salam, satu chemistry sudah terjalin. Tautan kasih kerana Allah..

Saya selalu mengingatkan diri supaya tidak bertanya soalan "Apa khabar....?" Hehe kerana peristiwa yang pernah berlaku suatu masa dahulu. Pakcik ni punyalah marah dengan saya sambil berkata," Kalaulah aku ni sehat, taklah aku masuk hospital!" Haha..nak gelak dengar tapi malunyeee..

"Camney kinek tok makcik?" Hehe dia dapat mengagak saya orang Semenanjung. Setelah mendengar sedikit tentang masalah kesihatannya, saya sekadar mengucapkan "InsyaAllah makcik, insyaAllah.." Kalimat itu sudah cukup untuk membuatkannya tersenyum dan pakcik mambalas, "InsyaAllah...."...Dia menyambung lagi, "Semua ini ketentuan Allah, insyaAllah...InsyaAllah."

Masyaallah, orang yang beriman atau tidak; dapat dilihat dari cara percakapannya. Penuh dengan hikmah. Kalimah Allah laju sahaja keluar dari mulut-mulut mereka. Kalimah pendek yang penuh makna. Kami berbalas senyuman. Dan senyuman mereka amat bermakna buat saya.

Alhamdulillah..terima kasih ya Allah, pertemuan pendek ini membuahkan seribu makna buat diri ini. Akanku abadikan dan manfaatkan setiap yang berlaku dalam hidup ini untuk direnungi. InsyaAllah! Inilah hikmah..iaitu rahsia Allah yang hanya dapat diselami oleh orang-orang tertentu; orang yang beriman. Izinkanlah aku berada dalam golongan itu, Ya Allah.....


InsyaAllah!!

No comments:

Post a Comment