Photobucket

Sunday, September 13, 2009

Wanita yang Pasti Masuk Syurga

Assalamualaikum wbt :)

Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni. Seorang penulis terkenal, siapa yang tidak mengenali beliau?

Titik pengenalan (macam pernah jumpa je :p) ialah sejak ummi menghadiahkan buku yang menusuk jiwa "La Tahzan" pada 2 tahun lepas. Buku yang saya kira amat unik ini bagaikan hadiah Allah buat saya melalui penulis dan ummi sebagai pengantara. Masih tersusun kemas di rak kitab, sering diri ini membelek-beleknya, tidak akan bosan hatta dibaca berulang-ulang kali!

Buku kedua karangan beliau yang saya miliki adalah bertajuk "Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia". Sarat dengan nasihat penuh hikmah serta amat membangunkan jiwa jika dihayati sebenar-benarnya. Apalah gunanya memiliki banyak buku ilmiah tetapi dok atas rak, sekadar mengutip habuk? Atau sekadar menghabiskan topik tertentu tanpa penghayatan dan dijadikan amalan seharian?

Saya tersenyum sendirian. Pengorbanan ummi terlalu besar. Kadang-kadang, out of the blue, saya meminta maaf pada ummi dan menangis serta merta di telefon meminta ampun. Banyak sungguh kesalahan yang dilakukan terhadapnya. Setiap apa yang saya lakukan, biarpun sekecil manapun, redha ummi amat saya utamakan kerana saya berpegang pada prinsip, "Redha Allah terletak pada redha ibu". Saya menoleh ke rak kitab-kitab. Majoritinya pemberian ummi dengan harapan besar agar saya mencintai ilmu agama, agar diri ini terdidik dengan rasa cinta mencari ilmu.. insyaAllah ya ummi..anakmu ini sedang berusaha ke arah itu...insyaAllah!

Wanita yang pasti masuk syurga (dipetik daripada buku di atas)...Hmm..siapa ya? mari kita hayati kisah di bawah, insyaAllah..



Riwayat dari Ata’ bin Abu Rabah, katanya,”Ibnu Abas berkata kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan seorang penghuni syurga? Aku menjawab: “Mahu” Ia berkata: “Seorang wanita berkulit hitam pernah menemui Rasulallah SAW kemudian berkata,”Aku menderita sawan dan auratku terbuka. Mohonlah kepada Allah buatku.” Rasulallah berkata “Jika kamu mahu, bersabarlah dan bagimu syurga. Jika anda mahu, aku doakan moga Allah menyembuhkan anda.” Ia berkata: "Aku akan bersabar.” Dia berkata lagi: “Sesungguhnya aurat saya terbuka, maka doakanlah moga auratku tak terbuka.” Baginda pun memenuhi permintaannya.



SubhanAllah..murninya hati wanita ini..Syurga sebagai imbuhan bagi wanita mukminah yang bertakwa ini. Wanita ini memandang dirinya rendah hanya kerana auratnya terbuka dan manusia melihat apa yang tidak sepatutnya bagi wanita muslimah.

Di manakah sifat malu yang sepatutnya ada pada wanita? Malah wanita berlumba-lumba mendedahkan wajah dan tubuh mereka, nauzubillah!
Untuk mendapat kebahagiaan, rasa aman dan ketenangan, maka setiap hamba dituntut untuk melakukan nilai-nilai keutamaan, sifat-sifat mulia dan tindakan yang baik
Kerjakanlah selalu apa yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah (Al-Hadith)

Mari kita sama—sama fikirkan…..Marilah kita sama-sama menegakkan syari'at Allah!
Adakah kita cukup memberati aurat??


No comments:

Post a Comment