Photobucket

Friday, September 11, 2009

Kecantikan sebenar........


Salam.....

Cantik..Lumrah manusia suka ke arah kecantikan, bukan? Si cantik jelita berjalan melintasi sekumpulan pemuda, ada sahaja yang menoleh dan mencuri pandangan. Saya banyak melakukan observation sebegini di mana sahaja saya pergi. Tidak kurang pula yang lebih menjaga pandangan akan buat tidak endah, atau jika tertoleh, cepat-cepat mengucapkan istighfar. Bagi yang nakal, memandang berkali-kali dan mengucapkan "alhamdulillah." Adoi!

Bagi saya sendiri, cantik itu subjektif. Saya sendiri mengkategorikan cantik itu kepada 2; satu: cantik disebabkan aksesori serta make-up dan kedua: cantik disebabkan cahaya keimanan.

Teringat kata-kata Ustaz sebelum menjelangnya bulan puasa: Dosa itu diibaratkan seperti memikul bag seberat 10 kilogram. Apabila diri sendiri tidak menjaga daripada melakukan kemungkaran, dosa-dosa bertimbun, maka lagi beratlah bebanan yag terpaksa dipikul. Maka, muka mereka kelihatan berkerut dan susah hati kerana tidak tertahan dengan bebanan itu. Itulah sebabnya, orang yang tidak beriman; wajah mereka kelihatan kusam, tidak bermaya, berkerut-kerut dan kelihatan tertekan. Cuba lihat wajah para ulama', ustaz serta sahabiah yang menjaga lidah serta anggota-angota lain daripada melakukan dosa; wajah mereka berseri-seri! Terpancar cahaya keimanan dari wajah mereka. Wajah mereka "cantik" yang lain dari yang lain. Tidak perlu dicolet make-up atau bedak setebal 2 inci..SubhanAllah!!!

Benar...Hati yang suci dan penuh keimanan akan terpancar pada wajah..MasyaAllah!!!

Saya kasihan pada sesetengah wanita. Mereka menjadi "fashion victim". Pakaian mereka mengikut cita rasa terkini. Banyak wang dihabiskan untuk kelihatan cantik dan hebat. Namun, adakah wajah yang menjadi ukuran? Adakah Allah melihat pada semua itu??

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada wajahmu, pakaianmu tetapi melihat pada hatimu." (HR muslim)

SEBAIK-BAIK PAKAIAN IALAH PAKAIAN TAKWA!!!

Sejuk hati ini melihat seorang demi seorang sahabiah berubah. Allah mencampakkan hidayah ke dalam hati-hati mereka. Mereka giat berjuang ke jalan Allah. Malah, cemuhan serta pemulauan ke atas mereka tidak diendahkan. Inilah semangat seorang mujahidah!!

Namun, keimanan seseorang tidak boleh diukur dengan tahap kelabuhan tudungnya. Itulah yang cuba saya sampaikan pada sahabat2 yang baru berubah...Malah, persepsi orang ramai terhadap si pemakai tudung labuh mesti diubah dan dirungkaikan..

Saya melihat ramai benar artis muslimah di luar sana. Wajah mereka, badan mereka menjadi tontonan umum. Mereka menutup aurat, tetapi mereka menjadi bahan fitnah kerana dalam hadis sahih, "Wanita itu adalah fitnah". Sudah jelas bukan?? Maka, setiap kata-kata, perbuatan, gerak-geri kita boleh menjadi bahan fitnah tanpa kita sedari..nauzubillah!

Sifat qana'ah perlu ada pada setiap orang, berpuas hatilah dengan apa yang Allah berikan. kasihan pada mereka yang bersusuk, "botox" serta melakukan pembedahan plastik. Qana'ah lah yang membuatkan hati kita bergetar melihat jari-jemari kita pemberian Allah. Melihat wajah di cermin dan tersenyum, syukran atas apa jua pemberianMu..:)

Saya ingin menjadi cantik...tetapi cantik dengan cahaya keimanan. Tidak perlu make-up atau apa-apa seumpama dengannya!!!!

2 comments:

  1. salam alaik.. subhanALLAH nurul iman, entry ini amat mengagumkan.. satu peringatan juga buat diri ana yang sangat suka jubah2 yang menarik... takutnya jika ana tabarruj.. terima kasih atas artikel ini ya ukhti!

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam wbt Asiah...mcm kenal je asiah ni (hehe)...Iman tabik dengan usaha Asiah kerana bersungguh-sungguh membuat blog sendiri..take care

    ReplyDelete