Photobucket

Wednesday, October 28, 2009

Nilai Syukur

Assalamualaikum wbt

Kaki ini sakit-sakit, hati mula mengeluh sedikit (astaghfirullah!). Kesan berdiri berjam-jam lamanya dalam sesi pembelajaran di hospital berkumpulan, urat-urat bagaikan mahu putus. Aktif ke sana ke mari, memang kira sinonim dengan doktor mahupun pelajar perubatan.

Akibat sakit yang semakin teruk dan "varicose veins" atau urat timbul di kaki yang semakin membimbangkan, saya bergegas ke farmasi. "Alhamdulillah....bagaikan pergi ke pusat mengurut selepas memakai compression stokkings..hehe

Di wad seperti biasa...........

Seorang wanita lingkungan 30-an sedang berbual-bual dengan suaminya di sisi. Dia kelihatan ceria, tenang dan cergas. Dia memakai "oxygen therapy" atau bantuan oksigen berterusan. Saya menghampirinya, dan daripada sejarah sakitnya; dia menghidap "bronchiectasis"..dan dia perlukan bantuan oksigen sepanjang hayat untuk meneruskan hidup..



Beliau bercerita tentang dirinya, dengan penuh semangat. Hati saya sayu, terdetik keinsafan yang mendalam. " Ya Allah, kadang-kadang aku mengeluh atas dugaanMu, tetapi aku tidak sedar, ada orang yang lebih kuat dugaannya, lebih teruk daripada aku.."

Suaminya seorang yang penyabar, sekali sekala mencelah dalam perbualan kami. Dia jarang-jarang sekali keluar dari rumah, malah hendak menguruskan diri juga sulit. Segala-galanya bergantung pada orang lain. Disebabkan pergantungan sepenuhnya pada bantuan oksigen, hidupnya terbatas di rumah. Tiada lagi berlari-lari; berkejaran dengan anak-anak. Tiada lagi merasai percutian atau berjalan-jalan di tepi pantai. Rutin hidupnya adalah duduk-duduk sahaja di rumah, dan dia hanya menanggalkan oksigen di dalam tandas sahaja.

Mengenangkan kesulitan yang dihadapi, satu perasaan luar biasa hadir dalam hati. Bersyukur yang amat sangat. Benar...count your blessings, not your misfortunes!

Beliau bercerita...beliau pernah menguji tahap keseriusan penyakit pernafasannya itu. Beliau menanggalkan bantuan oksigen untuk seketika. Tidak sampai 2 minit, dia mengalami sesak nafas yang teruk! MasyaAllah!!

Disebabkan masalah bronchiectasis yang dihidapi adalah teruk, pembedahan adalah mustahil. Pergantungan pada bantuan oksigen untuk seumur hidup adalah solusinya. Penderitaan pesakit..itulah kelemahan saya!

Pesakit ini telah mengajar sesuatu yang signifikan dalam diri. Nilai bersyukur!


Bersyukurlah atas segala nikmatnya..Nikmat dapat bernafas dengan sempurna, kesihatan yang baik, dan macam-macam lagi! Namun, jangan juga lupa bersyukur atas dugaanNya, kerana ia adalah satu benuk tarbiyyah yang mana hanya insan terpilih sahaja menghadapinya!!

Yakin dan bertawakallah dengan sepenuhnya pada Allah SWT, kerana Dialah Penyembuh, Pelindung, dan Pemberi segala keperluan hamba-hambaNya yang bertakwa...insyaAllah!

No comments:

Post a Comment