Photobucket

Sunday, October 25, 2009

"Makcik nak naik haji, insyaAllah.."

Orthopedik...bidang perubatan melibatkan masalah tulang, sendi dan seangkatan dengannya. Bidang yang amat sedikit diceburi oleh golongan hawa; kemungkinan kerana melibatkan banyak pertukangan hehe..lebih sinonim dengan yang adam..

Minggu terakhir sebelum study leave, setiap dari kami di'assign' pada 5-8 pesakit setiap hari. SubhanAllah, satu bentuk persediaan sebelum bergelar "House Officer" kelak, insyaAllah. Setiap pesakit..hmm ada sahaja kerenah masing-masing. Kesian, bosan dalam wad barangkali. Namun, seorang wanita lingkungan 50-an menarik perhatian saya. Jika tidak tidur, beliau membaca. Hehe..selepas mengambil history dan menyelesaikan tugasan yang sepatutnya, saya menegurnya,"Assalamualaikum makcik.." Dia tersenyum dan membalas salam. Dia memegang kitab, dan kelihatan sibuk menghafal sesuatu.

"Makcik baca kitab apa tu?" Beliau menunjukkan cover kitab itu. UMRAH DAN HAJI tertera di atasnya. "Ya Allah.." saya tersenyum.

"Makcik nak naik haji, insyaAllah.." Alhamdulillah!! Kami mula berkongsi cerita...

"Makcik risaulah Iman..kaki ni, moga sihat lah kan?" kaki beliau kelihatan kemerah-merahan. Beliau menghidap cellulitis, sejenis infeksi kulit yang berasal dari organisma "Staphylococcal Aureus". ia kerapkali berlaku, terutamanya dalam pesakit kencing manis.



Namun, ia tidaklah berjangkit dan alhamdulillah dengan izin Allah dan ubatan sebagai ikhtiar..kakinya beransur pulih..

Kami bertukar cerita.

"Makcik..nak buat haji kene persediaan rapi, kan?" saya membuka cerita. "Betul-betul...tu yang makcik baca kitab ni..moga Allah berikan makcik kesihatan baik di sana, insyaAllah...doakan makcik ya.." beliau berkata-kata dengan penuh pengharapan. Inilah kali pertama beliau akan menunaikan haji, insyaallah..dan jelas terpancar keriangan pada ekor matanya..

"Makcik dengar ustazah bagitahu..banyak bangunan dah dirobohkan. Banyak bangunan dan hotel baru dalam proses pembinaan.." kami teruskan bercerita..Subhanallah, hati ini gembira dan bersyukur, biarpun tidak dapat menunaikan haji, sekurang-kurangnya apabila dapat betemu dengan hamba Allah yang hendak menjejakkan kaki ke Makkah..saya cukup gembira!



"Iman belajar tinggal berapa tahun lagi?" tanay beliau. Hehe..saya tersenyum simpul.

"Sebulan lagi, insyaAllah!!"

"Alhamdulillah!!" beliau terseyum lagi!

Hidup ini memerlukan pengorbanan. Kecekalan. Kesungguhan. Semua ini bertunjangkan keimanan dan ketakwaan. Saya bakal berjihad. Dalam sebulan ini..bukan di medan perang, tetapi dalam dewan peperiksaan. Mahu sahaja saya membawa senapang dan bom peluru sekali..macam gambar di atas..hehe..

Kenangan Makkah menjelma lagi. Musim haji ini pastinya mempertontonkan lautan manusia ke Tanah Haram dengan satu misi yang murni. Moga makcik memperoleh haji yang mbrur! Amin!



Ya Allah...izinkanlah aku menjadi tetamuMu lagi...Perkenankanlah, Ya Allah...Amin :)

No comments:

Post a Comment