Wednesday, November 25, 2009

Ilmu itu......Milik Allah!

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, walhamdulillah....wa Allahuakhbar!!

Jantung berdegup bagaikan nak meletup. (perumpamaan je,hehe). Tapi itulah hakikatnya seminggu sebelum peperiksaan besar kelmarin. Pelik juga kerana pada ketika itu, saya agak tenang. Terus saya mengira denyutan nadi: Ya Allah!! 160 dalam seminit!! Memang masuk kategori "tachycardia" atau denyutan laju hyperaktif! Saya cuba menenangkan diri dengan zikrullah. Junior pun bertanya, "Akak stress ke?".."Akak tak stress..eh.akak sendiri tak tahu!" Benar..sejujurnya mungkin disebabkan saya cuba menegndalikan stress tanpa menunjukkannya pada riak muka. Tenang je nampak, tapi..dalam hati, hanya Allah yang tahu, hehe.


Pagi ni jantung berdegup laju lagi. Debaran pengumuman keputusan peperiksaan bakal dibuat sendiri oleh Dekan. Tiba-tiba teringat kata-kata Dr Nik (pakar bedah dalam "hepatobiliari"=hati) berpesan kepada saya dalam sesi pembelajaran di hospital dulu. "Nak jadi doktor....kene ada iman! Imanlah penentu semuanya, setiap keputusan yang kita pilih, tindak-tanduk kita berpaksikan iman dalam diri. Jadilah doktor yang beriman.." SubhanAllah..tersentuh hati ini mendengarnya gerangan kurangnya doktor pakar Islam yang benar-benar muslim dan muslimah. Kurangnya doktor yang benar-benar beretika dan mempraktikkan islam dalam perkerjaan. Dalam erti kata lain, kurangnya doktor yang berjiwa daie'!!


Saya ingin memetik kata-kata penulis terkenal;
Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya "Nota Hati Seorang Lelaki". Sememangnya sebuah buku yang luar biasa!!

"Aliran ilmu umpama aliran air. Air sentiasa mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Lebih rendah sesuatu tempat itu, maka banyaklah air yang bertakung di situ. Justeru, lembah dan lurah sering bertukar menjadi tasik, sungai dan ngarai. Maka begitu juga dengan ILMU, perlu "ditakung" dengan hati yang merendah diri. Semakin tawadduk seseorang itu, semakin banyak ilmu yang bakal diwarisinya..."

SubhanAllah..pengajaran baik yang patut kita praktikkan bersama, insyaAllah.

Ilmu itu milik Allah!

Bukankah ujian itu tarbiyyah dari Allah? :)

2 comments:

  1. subhanalllah!!!su bangga dgn akak..syg akak sgt2!!!

    ReplyDelete
  2. akak syg Sue jugak!!!!!!! Sue...kene beli Oxy sendiri k? hehe

    jom shopping jubah :)

    ReplyDelete