Photobucket

Monday, November 2, 2009

Rindu Datang Lagi...

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakbar!!

Seronok mendengar cerita-cerita umi setiap hari. Umi bercerita tentang keadaan Makkah (siaran langsung TV) sekarang yang dibanjiri jemaah dari seluruh pelusuk dunia. Semuanya dengan impian dan misi yang Satu. SubhanAllah! Malah, beliau dapat melihat jemaah malaysia dalam TV juga, hehe.

Rindu bertamu lagi. Rindu yang teramat sangat. Makkah, bumi Allah yang amat terpelihara, amat istimewa dan membawa kenangan yang amat manis dalam hidup saya. Biarpun dosa-dosa yang bertimbun dan menghimpit diri ini; Allah tetap menerima saya sebagai tetamuNya pada dua tahun lepas. Allah menguji saya terlebih dahulu di mana saya terpaksa membatalkan hasrat menunaikan umrah pada tahun sebelumnya lantaran halangan tertentu. Buat kali dua, terhalang juga pada mulanya, namun, alhamdulillah dengan kekuasaan dan izin Allah, hasrat hati tertunai juga :)

Pada ketika itu, MasjidilHarom masih dalam construction dan bangunan-bangunan lama termasuk hotel kecil berserta kedai makan berhadapan dengannya masih wujud. Kini....tiada lagi..

Beginilah rupanya Masjidil Harom dalam construction..Gambar ini di ambil oleh abi semasa kami berada di bahagian roof hotel. Macam mana agaknya rupa yang terkini? :)



Hehe, teringat kisah lucu dulu..Salah seorang jemaah bertanyakan pada abi samada kami bertiga termasuk umi mahu menyertai makan bersama. "Makan nasi mandi.." katanya. Dalam perjalanan ke sana (suatu tempat lapang, tak ingat mana) penuh persoalan macam mana rupanya nasi mandi, hehe. Bila sudah terhidang di depan mata, MasyaAllah, begini rupanya. Memang kenangan picnic yang best! Lauk kambing..subhanAllah!!




Tempat al Quran di simpan...SubhanAllah, banyak kan??


Hmm..insyaAllah gambar-gambar lain akan saya upload nanti :)
Ya Allah, izinkanlah aku menjadi tetamuMu lagi, terimalah aku, sampaikanlah aku ke sana, permudahkanlah. Aku amat merindui Makkah. Aku rindu menatap Kaabah. Aku rindukan titisan air mata pertama aku menjejakkan kaki ke MasjidilHarom. Aku rindukan bersolat di sebelah umi di sana. Aku rindukan mengisi botol air dengan air zam-zam buat umi dan abi setiap kali sebelum solat. Aku rindukan Aisyah yang Kau sampaikan untuk mentarbiyyah padaku soal doa dan purdah. Air mataku tak tertahan lagi.......kerana aku rindukanMu........

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    InsyaALLAH ALLAH bakal menjemputmu lagi ke sana ya ukhti :) semoga istiqamah di atas jalanNYA..

    Salam sayang,
    Amal Athirah

    ReplyDelete