Wednesday, December 9, 2009

Isteri "Cerdik" dan Solehah :)

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, alhamdulillah, wa Allahuakhbar!

Isteri cerdik dan solehah, penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran......lalala (nyanyi sendiri) terngiang-ngiang dalam fikiran bila menyebut tentang "isteri cerdik dan solehah".
Majalah Anis keluaran bulan ini memang menawan hati, mana tidaknya ada special edition tentang jubah. Aduhai, asal jubah je...hepi semacam!!

Topik 'ISTERI PEMBANGUN JIWA' tulisan Noraslina Jusin amat menyentuh hati. masyaAllah!
InsyaAllah saya kongsikan bersama di sini :p

Kecerdikan seorang isteri bukan diukur dari segulung ijazah yang diraih dari kolej atau universiti. Tetapi kecerdikannya terserlah pada sifat mengenali dan memahami keperluan suami semasa suka dan duka. Dia pandai mengambil hati suami dengan perilaku yang manja dan lemah-lembut. Gurauannya bersahaja dan menenagkan jiwa. Ada pepatah mengatakan, di belakang seorang suami yang berjaya, ada seorang wanita bernama isteri yang sentiasa mendorong dan meniup semangat juangnya.



Hasil dari ketenangan di rumah, suami akan melihat dunia sebagai amanah yang digalas atas nama Allah Azzawajalla; dan bukan sebagai habuan kepada nafsu yang bermaharajalela. Dunia baginya merupakan tempat untuk membalas kebaikan keluarganya...
SubhanAllah!!
Sabda Rasulallah SAW, "Tidakkah ingin kalian aku khabarkan tentang perkara terbaik dan paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang?iaitunya; isteri yang solehah, yang cirinya adalah menggembirakan apabila memandang kepadanya. Jika disuruh, dia mentaatinya, dan bila kamu tiada, dia memelihara (rahsia dan hartamu) dengan sebaik-baiknya.
Marilah kita sama-sama "menjadi" daripada kita "mencari"!!
..........dan semoga kita semua dapat menjadi "qurratu'ayun" (penyejuk mata) kepada suami kita, insyaAllah..amin!

3 comments:

  1. Assalamu'alaikum ukhti ia benar menjadi sebelum mencari :) sebelum menjadi isteri solehah, lebihkan proses menjadi anak solehah (",)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam Wardatul Shaukah..

    tq atas komen..
    teruskn perjuangan ukhti ya dalam penulisan..suka betul baca blog ukhti..masyaAllah..moga istiqamah ya :)

    ReplyDelete
  3. Allahu Rabbi... Tak sangka ukhti suka tulisan ana yang bagi ana sendiri banyak sangat merepek, ana pun menulis atas dasar "suka-suka". Mohon tegur-tegur. Salam ukhuwah.. :)

    ReplyDelete