Photobucket

Friday, December 11, 2009

Muslimah-Gambar-Fesyen.....

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, alhamdulillah, wa Allahuakhbar!

Pembersihan rumah secara besar-besaran telah selesai, alhamdulillah! Fuh...

Fesyen muslimah sedang berkembang. Pesat sungguh. Ada yang menilai dari segi negatif; sebagai contoh fesyen "muslimah" dengan sekadar memakai selendang/shayla. Ada yang jarang, melilit-lilit yang mungkin merimaskan (atau merimaskan orang yang melihatnya?). Namun saya melihat perkembangan ini dari sudut positif. Sekurang-kurangnya mereka berkeinginan dan menyayangi firman Allah dalam Surah anNur ayat 31;

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain jilbab ke dada mereka...”

Saya teruja dengan majalah-majalah khas buat muslimah yang menekankan tentang pemakaian sebenar muslimah; sebagai contoh majalah Anis dan Nur. Biarpun kadang-kadang kurang bersetuju dengan penampilan "cover girl" yang kadang-kala agak tabarruj, tapi apabila disingkap kembali; boleh jadi inilah pendorong muslimah di luar sana mula berpakaian menurut syari'at. Niat? Niat bertudung kerana ingin cantik atau terpeesona dengan kecantikan "cover girl" majalah muslimah? Tidak mengapa, insyaAllah niat dapat diluruskan kerana hidayah itu milik Allah dan beruntunglah bagi sesiapa yang dicampakkan hidayah ke dalam hatinya untuk berubah kerana Mardhotillah!



Mawar berduri. Saya amat sukakan ungkapan ini dengan seribu satu pengharapan dan berusaha ke arah itu (insyaallah!) Mawar ini sukar didekati dan di sentuh dek durinya yang tajam. Indah dipandang dari jauh sahaja. MasyaAllah!

Suatu ketika saya berborak dengan seorang sahabat perihal muslimah meletakkan gambar di dalam alam maya. Hatta bertudung litup atau tidak, apatah lagi yang berpurdah. Astaghfirullah, bukankah wanita itu sendiri suatu bentuk fitnah? Jangan panggil diri anda mawar berduri jika anda meletakkan gambar anda biarpun berpurdah; buat tontonan yang tidak berhak ke atas dirimu! Astaghfirullah! Saya menghormati pendapat setiap insan; semuanya bersebab. Namun jika tindakan meletakkan gambar anda sudah menimbulkan satu bentuk fitnah....simpanlah gambarmu..bukanlah untuk tontonan umum :(


Burqa. Satu bentuk pemakaian yang cukup sinonim di Afghanistan. Kreatif sungguh fashion designer sekarang. Design Hello kitty pun ada!! Ya Allah :p

Erm.."abaya-fever" is back!! Jom pakai abaya :)

No comments:

Post a Comment