Monday, February 8, 2010

Prioriti tetap prioriti!!

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, allhuakhbar!

MasyaAllah....rindunya pada alam universiti! Teringat perbualan dengan kawan-kawan...."Tak sabarnya habiskan belajar.." Namun sepeninggalan era pelajar universiti, rindu bertandang ke hati..."Besnye masa belajar dulu..." Hehe inilah lumrah kehidupan.

UNIMAS....istimewa di hati saya. Cabarannya lebih! Corak pembelajarannya berlainan. Malah dari segi dakwah...sedikit payah berbanding di Semenanjung. Apa tidaknya, majoriti populasi=kristian.

Teringat kata-kata pelajar di kampus utama (Kota Samarahan). "Kami membuat permohonan pada pihak universiti untuk didirikan masjid besar di sini..tapi gagal. Apa yang ada hanyalah surau kecil yang daif. Jika hendak berusrah...memang susah..tidak boleh terang-terangan macam di kampus perubatan (Kuching), boleh kene tangkap!!" MasyaAllah....tersentak saya mendengarnya!! Pihak atasan yang mendengar aduan adalah seorang Muslem!!Namun, buat masa ini tiada perkembangan apa-apa...:(




SubhanAllah..masjid itu rumah Allah! Kami semakin terkilan apabila pihak universiti lebih mengagungkan projek pembinaan jambatan (melalui tasik buatan) yang menghubungkan antara dua kolej kediaman. Projek itu menelan berjuta-juta ringgit!! Tapi masjid besar...........tiada!! (sedih..sedih!)

Prioriti tetap prioriti!!!!

2 comments:

  1. assalamualaikum nurul iman.

    tidak hairan sebenarnya bila masjid tidak diutamakan. negeri itu diperintah oleh orang-orang yang tidak mengenali Islam malah faham mgkn jauh lagi.

    kesian umat Islam @ pelajar2 Islam di sana jika terus didiskriminasi begitu. semoga usaha dakwah kita untuk melihat Islam menguasai di sana akan berjaya walaupun sikit demi sikit.

    ReplyDelete
  2. waaalaikumussalam warahmatullah k chik...

    terima kasih atas doa. Manusia semakin pelik, kerana agama semakin dipinggirkan. Kalau kak chik nak tahu, pemakaian tudung dalam bilik pembedahan di sarawak kadang-kala juga menjadi isu.. (sedih sangat)

    tk cr k chik n saya happy tgk perkembgn kedai online abaya k chik..nak discount boleh? gurau je :p

    ReplyDelete