Photobucket

Friday, March 5, 2010

Antara Garisan

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Idea menulis ini tercetus selepas menonton drama bertajuk Antara Garisan. Saya gemarkan drama begini, mengenai hidup realiti manusia yang bermacam-macam dan membuka minda kita. Saya berpeluang menontonnya pada pertengahan cerita; namun Alhamdulillah mudah mengikutinya kerana jalan ceritanya digarap dengan baik. MasyaAllah.

Berkisar mengenai sekumpulan pemuda yang memanggil diri mereka “golongan yang terpilih oleh Allah”. Berjubah putih, bercelak, dan sering menyebut-nyebut untuk berjihad di jalan Allah. Kumpulan ini bertekad mengubah dan menangani masalah sosial atau apa sahaja kemungkaran yang bermaharajalela di kampung mereka. Namun, mereka sering membangga-bangga diri bahawa mereka insan istimewa di hadapan Allah, layak ke syurga malah dapat membau haruman syurga!

Salah seorang di kalangan mereka membatu apikan sesama mereka dan menghasut fikiran mereka. Wataknya diumpamakan seperti syaitan, yang menghasut ke arah kemungkaran.

Mesej drama ini adalah kita semua adalah sama sahaja di hadapan Allah; hamba Allah yang kerdil. Apa yang membezakan antara kita adalah satu garisan yang halus; di mana jika kita melangkauinya; hasil hasutan dan pedaya syaitan, kita dengan mudahnya akan melakukan kemungkaran.

Sesunggguhnya syaitan telah berjanji akan menyesatkan manusia selama-lamanya. Mereka tidak mengenal erti jemu dan putus asa.

"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka menjadi di kalangan orang-orang Menyala." (35:6)




Drama ini turut mengetengahkan keanehan manusia. Manusia boleh BERUBAH SEKELIP MATA. Dalam drama ini seorang wanita yang lalai dengan keasyikan duniawi, sering bergemulang dalam kemaksiatan telah ditunjukkan Allah dengan ujian yang berat. Hidayah meresapi jiwanya dengan peuh keinsafan dan dia berubah secara drastik dan menginsafi keterlanjurannya. SubhanAllah!
Dalam aspek yang lain…seorang ustaz ternama di kampung, yang sering mengajak penduduk untuk berjihad ke jalannya telah dilalaikan syaitan dengan anggapan dia insane yang hebat dan dijanjikan syurga. Hinggalah dia terlalai dan terjerumus dalam kemaksiatan. Apabila ditangkap melakukan zina, ustaz ini terpinga-pinga dan terkejut dengan keterlanjurannya sendiri..Ya Allah…
Manusia berada di antara garisan halus ini. SubhanAllah..marilah kita sama-sama memerangi syaitan agar kita tidak “tertunduk” pada hasutan syaitan. Drama ini benar-benar membuatkan saya terkesan di hati dan menginsafkan.
Jom sama-sama perbaiki diri!!! =)

1 comment:

  1. salam..
    em pnh tgk drama ni dulu..mmg banyak pengajarannya..permulaan crita ustaz tu berada di dalam masjid dan wanita yg lalai tu berada di luar masjid (blk dr berbuat maksiat)..dan pengakhiran crita ustaz tu pulak berada di luar masjid krn ditangkap berzina manakala wanita td di dalam masjid bertaubat memohon keampunan dari Allah..

    bagaimana permulaan hidup kita tidak penting..tetapi yg penting pengakhiran hidup kita..sentiasa berdoa agar hidup kita berakhir dgn kesudahan yang baik~~

    ReplyDelete