Photobucket

Thursday, March 4, 2010

"Ustaz Hospital"

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Ustaz Hospital??

Saya teringat kenangan menjadi pelajar perubatan dahulu. Kenangan demi kenangan; manis mahupun yang pahit menggamit rasa. Tersenyum kerana pengalaman mengajar kita, mematangkan kita dan merubah perspektif agar kita melihat "out of the box".

Hampir setiap hospital di Semenanjung Malaysia mempunyai Unit Dakwah sebagai salah satu komponen penting dalam organisasi dan bergerak aktif dalam sesebuah hospital. Namun ada juga hospital yang terkecuali. Unit dakwah ini amat memberangsangkan; dan megorak langkah ke arah meningkatkan ilmu agama biarpun bekerja dalam bidang profesional dan mempunyai beban kerja yang memenatkan.

Pengalaman menjalani "clinical years" benar-benar membuka mata saya. Sesetengah hospital membenarkan si suami untuk berdamping dan memberikan "support" yang sebanyak mampu di samping isteri yang hendak bersalin. Ini bergantung kepada polisi hospital serta fasiliti bilik bersalin itu sendiri. Bagi hospital yang berfasiliti moden serta memiliki bilik bersalin yang banyak; suami dibenarkan mendampingi isteri di saat-saat genting. Namun yang menyedihkan, amat jarang suami "volunteer" untuk berada di samping isteri. Maka jarang sekali kami menyaksikan suami mengazankan ke telinga anak masing-masing yang baru lahir. Kami tertunggu-tunggu juga...baik, suami mungkin sibuk di pejabat..maka peranan doktorlah sebagai tukang azan...dengan harapan moga kalimah Allah sebagai kalimah pertama yang hinggap ke telinga bayi-bayi ini =)

Teringat wajah seorang ustaz yang rajin melawat wad-wad di hospital kami ber'praktikal'. Beliau sudah berusia, jalan berbongkok, selalunya berjubah hitam atau putih serta berserban. Wajahnya sungguh menenangkan. Semasa menjalani "bedside teaching", pasti saya tencari-cari beliau dan memerhatikan apa yang beliau lakukan. Beliau rajin ke wad "maternity"=wad yang dikhaskan setelah ibu-ibu bersalin; dan bertanya pada para wanita yang muslim sama ada bayi mereka sudah diazankan. Jika belum, beliau mengazankan dengan sukarela. SubhanAllah....



Bukan setakat itu sahaja. MasyaAllah. Beliau turut 'turun padang'; melawat wad lain. Saya selalu memerhatikan gelagat beliau...subhanAllah..KAGUM! Beliau mendampingi pesakit, menawarkan sokongan moral, memberikan tazkirah dan kata-kata semangat.
MasyaAllah...dah lama tidak bertemu dengan "ustaz hospital" ini. Mudah-mudahan segala pengorbanan beliau kerana Allah ini dibalas dengan pahala berlipat-lipat ganda. Moga Allah sentiasa merahmati beliau..Amin :)

3 comments:

  1. Assalamu'alaikum Kak Iman :)

    Cerita kak Iman kalini buat saya benar2 tersentuh, entah kenapa... Mungkin sebab saya banyak habiskan masa di hospital :) Mungkin kerana hospital adalah rumah kedua saya... Mungkin kerana selalu melihat panorama di dalam hospital. Mungkin juga kerana saya selalu melihat pesakit meracau dan juga keluarga menjadi sasau. Segalanya mungkin...

    Hanya ALLAH jualah kita berserah diri :)

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam wardatul shaukah :)

    hasbunallah wa ni'malwakil..ni'malmaula wani'mannasyir..

    semoga kita semua dikuatkan iman agar mampu hadapi apa jua dugaan Allah dengan hati yang kental. insyaAllah =)

    ReplyDelete
  3. Ustaz Hospital..

    Salam'alaik..
    Semoga lahir lebih byk ustaz-ustaz hospital dalam generasi ini :)

    Best2 :D
    Subhanallah..Allahuakbar

    ReplyDelete