Monday, May 24, 2010

Ajal...Menjemput bila-bila Masa...

Assalamaualaikum wbt
Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

"Assalamualaikum makcik.." suka saya menyapa makcik comel ini. Berusia sekitar 60-an, di Surgical ward kerana mempunyai "bed sore" yang teruk (luka dalam di belakang) kesan daripada bed bound yang lama. Menghidap breast cancer tahap kritikal dan dalam palliative treatment(mengurangkan simptom sahaja kerana sudah merebak ke tulang).

Katil di hadapan beliau adalah seorang wanita 60-an juga, mempunyai ascites yang krtikal, sepsis dan surgical intervention tidak mampu membantunya. Kami berdoa moga beliau dpnjangkan umur, dan keadaan kritikal beliau telah diterangkan kepada ahli keluarganya.

Makcik bertanya pada saya sebelum saya mengambil sampel darahnya. "Nak tanya..yang kat depan tu macam mana? Makcik dengar..tunggu masa saja.." katanya dengan suara perlahan dan penuh kerisauan. Saya tunduk, hampir menitiskan air mata, namun perlu profesional. "Kita doakn dia ya makcik...Makcik, walaupun saya ni sihat, entah bila ajal saya, ajal menjemput kita bila-bila masa, tak kira kita sihat/sakit..kita doakan ya..". Makcik ini tabah, dan suka saya melihat anak-anaknya yang rajin menjaga, memandikan, mengusap makcik ini serta menjaga bergilir-gilir.



"Makcik, saya tengok gilir-gilir anak makcik jaga makcik..berapa orang anak?" tanya saya. Beliau tersenyum sahaja," alhamdulillah, 10 anak, lelaki belaka. Semua baik-baik jaga makcik." Terharu saya mendengarnya, masyaAllah. Tak pernah sejenak pun anak-anak lelakinya meninggalkannya. Mereka menjaganya dengan penuh kesabaran, dan kasih sayang. SUBHANALLAH!

Pagi tadi, saya melihat katil berhadapan dengan beliau. Kosong. Innalillah...beliau dijemput Ilahi pada 5 pagi tadi. Teringat semasa saya mengusapnya dan menahan pendarahan berterusan dari HD site. Tekanan darah turun mendadak pada masa itu. Ya Allah, aku menyaksikan kematian demi kematian pada setiap hari, Engkau tunjukkan padaku untuk mengingatkan aku tentang hakikat kematian. Betapa singkatnya hidup dan yang penuh fana ini, betapa indahnya syurga yang menanti sesiapa yang mengidamkannya dan berpegang teguh ke arahnya. MasyaAllah.

Sempat saya berborak dengan Kak Mariam, seorang staff nurse di Surgical Ward. berborak berkenaan hidup bekerja dan ketenangan. Kami bertazkirah secara tidak langsung dan memotivasikan masing-masing untuk menjadikan kerja sebagai ibadah. Moga Allah memberkatinya. Beliau mengingatkan bahawa semasa kita solat, kita berkomunikasi dengan Tuhan Maka mestilah kita khusyuk sepenuhnya dan menghilangkan perasaaan lain dan kekusutan dalam fikiran.

SubhanAllah. Syukur atas tarbiyyah Allah ini. Moga ita sama-sama teguh dalam jalan ini. jalan menuju keredhaan Allah. InsyaAllah!

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt
    Kita singgah di dunia hanylah sementara saja sebelum destinasi tetap di Darul Akhirah. Oleh itu, segala ketetapan peraturan hidup telah ditentukan oleh Allah SWT sebelum kita lahir di dunia lagi sehinggalah nasib ketentuan kita diakhirat (Surah AlHadid:22 مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِىٓ أَنفُسِكُمۡ إِلَّا فِى ڪِتَـٰبٍ۬ مِّن قَبۡلِ أَن نَّبۡرَأَهَآ‌ۚ إِنَّ ذَٲلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ۬
    . Namun begitu, kita telah menentukan perjalanan hidup dan bahagian nasib kita diAkhirat nanti dengan membuat pemilihan samada menjadi mukmin atau kafirin ( Surah AlBalad:10 وَهَدَيۡنَـٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ )&SurahInsaan:3 إِنَّا هَدَيۡنَـٰهُ ٱلسَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرً۬ا وَإِمَّا كَفُورًا
    Apa yang menjadi masalah pada kita adalah kesempatan mencari petunjuk sementara masih hidup sebelum ajal mengundang kita keran nasib disana terlalu mencemaskan dan Allah SWT berfirman dlm Surah AlBaqarah:132 إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ
    Allah SWT pun menyuruh kita jgn sekali2 kita mati melainkan telah pasti sedia amalan dan mati dalam keadaan Islam. Wallahualam

    ReplyDelete