Photobucket

Tuesday, May 25, 2010

Ucapan terima kasih...

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah,Allahuakhbar!


Beban kerja menyengat diri. Muka-muka stress colleague menerukkan situasi. Wad agak kelam kabut pagi itu.


Tiba-tiba..


"Saya balik dulu, terima kasih banyak-banyak..."sapa pesakit saya.




Wajahnya ceria. Lain sungguh berbanding semasa dia menderita "thrombosed 4th degree hemorrhoid" iaitu buasir yang tahap teruk. Teringat wajahnya yang mengerut kesakitan menanngung keperitan semasa kami cuba "reduce"/ menolak balik buasir ke dalam. Biarpun sudah diberi IM pethidine..sakitnya tidak hilang.


Alhamdulillah.


Hilang rasa penat kerja. Saya tersenyum riang dalam ward round pm itu. Happy je melihat pesakit saya balik dengan wajah ceria. Syukur alhamdulillah.


Bila difikirkan, contribution saya sedikit sahaja. Ucapan terima kasih.......sungguh bermakna buat diri saya. Penghargaan pesakit yang penuh keikhlasan menaikkan semangat saya untuk meneruskan perjuangan bekerja semata-mata kerana Allah SWT. INSYAALLAH :P

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Macam biasa, saya bukanlah doktor tetapi saya nak `guess` tentu pesakit buasir tu seorang lelaki kerana melibatkan juga pemasalahan jenis chromosome walaupun ada `dispute` ttg masalah jantina. Selalunya mereka yang dah sampai tahap ni kena buat `operation` kerana dah tak boleh nak kembali ketempat asal. Nak cerita ttg factors pun terlalu byk yg perlu diambilkira.
    Anyway, bagi pesakit2 ni, terlalu sukar kita nak jumpa seorang doktor walaupun perempuan yg mengambilberat terhadap patients dgn wajah tersenyum tetapi itulah yg meringankan penderitaan sakit mereka. Minta maaf, bukan tak ada doktor yg macam ni tetapi tidak kekal lama disesuatu tempat. Sebenarnya patients ni pun dalam kesakitan sentiasa berdoa supaya nurses dan doctors yg baik dirahmati Allah. Wallahualam

    ReplyDelete
  2. salam tajnur

    SubhanAllah tanx sll bg comment!

    hehe this patient is a lady, 41 yrs old.anyway...u must be a doc kan?? hahah

    memang bila kerja..klu ingat niat kita krn allah dn bila pesakit appreciate kita akan rasa best sgt. Wlwlupn kita contribution kite mgkin sikit

    subhanAllah

    ReplyDelete