Photobucket

Tuesday, May 11, 2010

Beliau sungguh........

Assalamualaikum wbt

Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakhbar!


Saya pernah menulis mengenai ummi, wanita serikandi yang sangat hebat bagi saya. Kini terdetik pula hati ini menulis mengenai seseorang yang juga amat saya kagumi. SUNGGUH!


Wajahnya sentiasa ceria biarpun saya tahu macam-macam masalah yang menyelebunginya. Yalah, siapa hidupnya tidak pernah ada masalah, kan? Namun, bak kata umi, beliau tidak pernah menunjukkan riak stress dalam masalah, wajahnya selamba dan kadang-kadang saya tidak dapat membaca riak wajahnya; biarpun saya sangat rapat dengannya.


Alhamdulillah beliau sedang mengandung, bertarung dan jihad (bak kata ummi) kerana membawa zuriat kesayangannya yang comel (sure comel!). Biarpun berbadan dua, beliau bergegas ke sana sini mencari rezeki. Biarpun sibuk macam mana pun, tetap bertanyakan khabar adik-adik kesayangannya.


Saya selalu tersenyum melihat beliau bersama suaminya yang tercinta. Mereka sungguh bahagia bersama subhanAllah. Memiliki minat yang sama dalam bidang fotografi..memang mereka 'ngam'!!


Melihat beliau berkorban dalam keadaan sarat mengandung sentiasa membuatkan hati ini menangis. Rajin beliau memasang ayat'ayat Quran melalui keadphone ke perut besarnya. SubhanAllah.


Biarpun beliau bakal bertarung nyawa serta berjihad melahirkan anak bersama mak mertua tanpa kehadiran ummi, beliau kuat. Sungguh!! Menyingkap pengalaman demi pengalaman beliau, saya sebenarnya selalu memasang niat hendak menjadi sekuat, setabah beliau. Begitu juga seperti ummi..setabah ummi!


Bagi saya, beliau sangat cantik..kerana riak wajahnya lahir dari hatinya yang cantik dengan kasih sayang. Beliaulah kakakku...dan beliau sungguh............MENGAGUMKAN!!!!


Ya Allah.lindungilah kakakku, rahmatilah beliau dan suaminya.....dan bahagiakan mereka hingga ke syurga. amin....

No comments:

Post a Comment