Photobucket

Tuesday, May 11, 2010

Jegilkan Matamu, Bukalah Mindamu....

Assalamualaikum wbt
Subhanallah, alhamdulillah, allahuakhbar!


Ya Allah......lamanya diri menyepi daripada mencatit dari lubuk hati. Lantaran kurangnya kekuatan diri, saya tidak dapat melontarkan idea; bahkan hendak menulis pun malas. Aduhai.


Namun, buat apa hendak menoleh ke belakang? Saya terbaca blog seorang pakar motivasi yang menasihatkan supaya tidak sekali-kali menoleh ke belakang. Aik? Bukannya 'Jangan pandang belakang' huhu, tapi janganlah menyingkap peristiwa pahit yang lepas. Never ever. Just move forward and forget your past. No matter how BAD it appears!


Jegilkan matamu. Bukalah mindamu..ini adalah ayat-ayat inspirasi dari blog seorang sahabat. Syukran kerana menyalurkan ayat-ayat penuh motivasi terus ke lubuk hati ini secara tidak langsung. SubhanAllah.






Kadang-kadang kita menyangka kita kuat. Mampu menghadapi apa sahaja. (bukan maksud saya disini bahawa kita tidak boleh memotivasikan diri dengan mengingatkan kita kuat). Saya juga begitu. Saya ter'overestimate' kemampuan saya, namun sya sedar semua ini adalah lantaran kelemahan diri sendiri. Hikmahnya banyak. Hebat kan KUASA Allah? masyaAllah.


What we see is what we get. Saya tahu dan sedar apa yang tersisip di sebalik ayat ini. Namun untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan ini bukanlah semudah ABC.


Fikiran mesti SENTIASA POSITIF. Jiwa mesti dididik untuk tenang dalam zikrullah. Minda mesti di upgrade dengan 'mindset' yang tidak goyah. Malah, hati mesti sentiasa dipupuk untuk berinteraksi dengan fikiran dengan seluas-luasnya agar setiap tindakan tidak lari dari wawasan sebenar. (saya pun tak sangka saya menulis sebegini..sedang memotivasikan diri, insyaAllah).


Oleh itu, jegilkan matamu. Lihatlah sekelilingmu dengan mata hati, betapa besarnya nikmat kekuasaan Allah buatmu berbanding dengan sekeciput(faham-faham jelah ya) musibah yang melanda dirimu. Bukalah mindamu seluas-luasnya supaya setiap perkara dinilai dengan penuh hati-hati.


Teringat nasihat penuh bestari kakak angkat kesayangan saya.."Ikhlas berdoa, niat kerana Allah dan bersabar." Kadang-kadang kita doa sepenuh jiwa dan raga tapi niatnya lari. maka marilah kita perbetulkan niat kita, ikhlaskan hati lillahita'ala. InsyaAllah berkat :) peace!


Saya ingin berkongsi butiran kebijaksanaan karangan penulis, pendakwah dan perunding motivasi yang tersohor serta kelakar (bak kata kakakku sayang heheh..yang pernah menghadiri ceramah motivasinya mengenai 'parenting' yang dikelolakan oleh Genius Awlad); Ustaz Zul Ramli M. Razali dalam bukunya "U-Turn ke Jalan Lurus".

  • Kekejian dosa akan menjarakkan seseorang dengan orang sekeliling ayng disayanginya.
  • Kegawatan hari akhirat lebih dahsyat daripada orang yang terapung seorang diri di tengah badai di lautan.
  • Janganlah kita menghadap Allah dengan membawa dosa menggunung tinggi.

Jom 'U-Turn' ke jalan Allah dan merasai kenikmatan dan keindahan kasih sayang Allah. SUBHANALLAH!!!!!!!!





No comments:

Post a Comment