Photobucket

Thursday, May 13, 2010

Hari-hariku

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Hari-hariku...
Bak kata seorang ikhwan dalam usrah, jangan hidup macam robot..hidup ikut rutin tanpa diisi dengan dakwah. Kemudian dipampangkan video manusia umpama robot yang bangun pagi, bersiap ke kerja/belajar, makan, tido. Kemudian bangun lagi pada keesokan hari dan meneruskan rutin sedemikian hingga seumur hayatnya. Tak syok kan macam tu? Kosong sahaja tanpa mempraktikkan kahidupan sebenar seorang yang bergelar "true muslem"!!

Hari ini ke klinik untuk belajar membuat ultrasound dan prosedur handle pesakit di klinik. Disebabkan ini adalah kali pertama merawat pesakit di klinik, saya diberikan kes-kes mudah agar saya dapat 'familiarize' diri dengan rutin di klinik kelak. Kes-kes seperti batu karang di hempedu dan buah pinggang/salur kencing menjadi antara kes yang banyak di klinik pembedahan pada hari ini.

"Treat patients as if they are your parents"...bak kata pensyarah saya. Maka dengan itu..anda akan rasa sangat "empathy" apabila berhadapan dengan mereka. Senyum sokmo!!!!!!

Selesai sesi klinik hingga tengahari, terdapat sesi CME bertajuk "Deep Vein Thrombosis". Cara management plan telah membuka mata saya betapa saya hanya mengetahui topik itu secara "superficial". Barulah saya tahu apa yang dimaksudkan dengan D Dimer yang bernilai siknifikan. Haha.

Terdapat seorang pesakit berumur lingkungan 60-an, yang tangan, kaki sudah lebam-lebam akibat dok amik darah je. Kesian sungguh melihatnya. Malangnya, dia kini mempunyai penyakit "renal angiodysplasia" maka dia mudah "bleed". Beliau sangat pucat dengan nilai hemoglobin yang rendah serta perlu ditambah darah dengan cepat, namun dia sanggup menanggung risiko untuk tidak ditambah darah lantaran kesakitan dicucuk untuk disampel darah..aduhai kasihan makcik ni :(


Kasut BATA murah kesayangan yang kini sudah terkopak!!!!!! hahaha. Tapi digunakan bila practice belajar memandu dek tapaknya yang nipis dan mudah "feel" dan pijak clutch/brake. Haha (gambar lama)

Moga hari-hariku serta hari-harimu tidak berlalu begitu sahaj biarpun kita sibuk macam mana pun. Moga terisi dengan kebaikan dan dakwah secara tidak langsung.....INSYA ALLAH!!!!!!!

No comments:

Post a Comment