Photobucket

Thursday, May 20, 2010

What i have learnt today...

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Alhamdulillah. Saya memanjatkan kesyukuran pada Ilahi atas segala nikmat dan dugaanNya. Mana mungkin kita dapat mematangkan diri dan tetap kuat serta tabah jikalau kita tidak didatangkan dengan ujian Allah. Redha dengan ujianNya kelak kita dapat merasai kemanisannya kelak, insyaAllah.

What i have learnt today......memang banyak.

- Betapa pentingnya menjaga silaturrahim sesama kita. Pasangkan niat berkasih sayang kerana Allah, bukannya menjaga hubungan persahabatan semata-mata demi kesenangan kita lantaran mendapat banyak faedah serta kemudahan dari seseorang itu.

- Bermanis muka pada setiap masa. Cuba lakukan, senyumlah biarpun di kala kena marah boss ke..kena hentam specialist ke (haha) dan pasti anda akan tenang. Mengapa? Kita bersikap positif dalam setiap situasi dan cuba bangkit daripada kegagalan masa silam; insyaAllah dipermudahkan :)

- Pasang niat setiap hari. Niatkan setiap perkara lillahita'ala. InsyaAllah berkat :p

- Berkorban masa dan tenaga. Biarpun penat macam manapun, jangan mengeluh. Mengeluh dan berkeluh kesah ni bukan sikap orang mukmin.


Rindunya pada tanah suci Makkah. Ya Allah aku ingin sangat ke sana lagi, menatap Kaabah yang tersergam indah, menikmati air zam zam, bertahajjud di masjidilHaram...Moga impianku tercapai amin...
Oops time to sleep...Berjuang lagi esok, insyaAllah!

1 comment:

  1. Assalamualaikum Iman.
    Perkara-perkara yang Iman belajar tu kakchik juga mendapat manfaat darinya.
    Pelajaran hari ni ialah satu tazkirah buat diri yang lalai ini.
    Terima kasih.

    ReplyDelete