Photobucket

Friday, June 25, 2010

Impian Hati

Salam to all
Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

"Headblock se.." pesan staff nurse pada saya. Saya tersenyum. Teringat semasa mula-mula struggle pasang IV line. Sememangnya payah pada mulanya terutamanya jika nak pasang jarum masuk air bagi perempuan. Apa tidaknya; halusnya urat mereka; tidak seperti kaum adam..timbul urat..senang nak cucuk.

Malam tadi; dalam 9 pm..seorang pesakit lagi admitted. Umur sekitar lewat 50-an; ditemani anak dan menantunya. " Makcik kerja mangajar quran.." balasnya apabila ditanya tentang aktiviti hariannya.

Saya menghayati abdominal x raynya. MASYAALLAH!!

Grossly dilated small and large bowel. Tidak pernah seumur hidup saya melintasi usus sebengkak itu. Jika di ikutkan; berpotensi pecah pada bila-bila masa jika tidak dibedah cepat. Kerisauan dalam hati; kami memujuk makcik untuk dibedah.

"makcik tak nak...dah kene bedah dulu...

pagi tadi (post call) sebelum wad kembali sibuk (dalam 6.30am) saya terdengar seorang pesakit meraung.."Ya Allah....sakit!sakit!!" cepat-cepat saya lari ke arah staff nurse.."Kak..katil mana kak?"

IM pethidine 50mg stat given. makcik merasa lega. Perutnya lebih kembung berbanding semalam. Saya memujuknya kembali...

Betapa pentingnya melihat pesakit dari perspektif berbeza. Bukan sekadar sakit luaran. Malah mengambil kira emosi, soal sosial dan kebajikan mereka. Menyedarkan mereka kepentingan pembedahan, menerangkan dengan selembut mungkin tentang treatment options serta berhati-hati dalam memberikan keputusan biopsy etc yang menunjukkan kanser.



Impian hati saya...
Saya ingin melihat dasar perubatan yang islamik. Para doktor yang mempraktikkan islam dan memberikan contoh baik pada pesakit. menjadi umpama qudwah hasanah bagi pesakit. Menerapkan nilai-nilai murni dan kesedaran pada pesakit bahawa yang menyembuh bukan doktor dan ubatan semata-mata; tapi Allah penyembuhnya.
Impian saya..ingin menjadi isteri solehah pada zauji nanti. Penyejuk hati dan penenang fikiran. Amin!
Ingin menjadi anak solehah buat ummi dan papa. Menanggung keluarga dan membiayai ummi dan pa menunaikan haji..waaaa bestnyer!
Doakan saya!!
ps: oops ada oncall lagi 2 kali untuk bulan ni! hoho

1 comment:

  1. assalamu'alaikum..
    salam ziarah..

    sy suke dgn impian akak..:-)
    wlpun sy bkn stdt medic, tp sy mmg menyukai impian murni akak..
    dl hosp penah mjd umak kedua sy utk several years, then mmg sukar utk berjumpa dgn doc yg mem praktikan nilai islam smsa merwat peseakit..
    tp itu dl, mgkn skrg kead da berbeza..
    mg akak antara doc islamic itu..

    mg jd isteri yg solehah..ameen

    ReplyDelete