Friday, June 18, 2010

Wajah Penuh Keibuan -2

salam to all
SubhanAllah, alhamdulillah, allahuakhbar!

Mungkin kalian masih ingat makcik yang wajahnya penuh keibuan; di entri lepas. Terngiang-ngiang kata-katanya; "Dengar kata yang kat depan ni, tinggal masa je. Entah makcik ni pun bila..."

Staff nurse mengingatkan doktor on call, "One case; sepsis secondary to infected bedsore nak masuk." Sepsis?? Allah...saya terduduk. Boleh dikatakan acap kali kes sespis masuk dalam wad surgical perempuan jika dibandingkan dengan wad lelaki.

Saya meneliti pesakit yang masuk. Allah..........

Makck yang saya sayangi masuk wad semula.

GCS14/15. Dia dalam keadaan keliru. Dia tidak mengenali saya lagi. Sedih menyelubungi hati.

Anak-anak lelakinya tidak putus-putus menjaganya. SubhanAllah kesemua 10 anaknya manjaganya dengan penuh kesabaran biarpun keadaan makcik semakin menyedihkan. hanya iman yang mantap sebagai perisai dalam menghadapi badai yang melanda.

Ya Allah.....moga makcik cepat sembuh. amin



No comments:

Post a Comment