salam to all
Subhanallah, alhamdulillah, allahuakhbar!
HIDUP..MELIHAT, MENTAFSIR, MENGAMBIL PENGAJARAN..
Itulah yang cuba saya lakukan sepanjang saya bekerja di hospital. Tidak dapat dinafikan, kesibukan menyiapkan kerja dengan tangkas, workload yang membebankan serta faktor luaran lain yang menekan sememangnya lumrah dalam alam pekerjaan. Apa yang penting? (rindu pula pada Wonderpets!) hehe. Apa yang penting ialah mentaliti yang mantap.
Rindu pula pada makcik yang ana pernah ceritakan pada entri lepas. Hari ini beliau discharge. Bakal jumpa beliau di SOPD dalam 2 minggu unutk melihat bedsore beliau. InsyaAllah ok, kerana semua anak lelakinya amat bertanggungjawab, setia menjaga beliau.
Rindunya menatap wajahnya. Setiap kali saya senyum padanya pada rounds kami, pasti beliau membalas senyuman saya dengan manis sekali. Pernah kami berborak tapi tidak dapat lama-lama lantaran ramai lagi pesakit yang perlu saya round setiap pagi. Rasa mahu saja saya duduk di sebelahnya dan bercerita dengannya lagi. :)
Wajahnya penuh keibuan. Penyakit breast cancer yang sudak late stage dan merebak ke tulangnya; diterima dengan hati yang redha. Hidupnya berjuang dengan kesabaran. Mukanya sentiasa tenang biarpun berat ujian yang dihadapinya.
Makcik....Iman rindu makcik!!!
No comments:
Post a Comment