Photobucket

Friday, June 4, 2010

Postcall!!!!!

Assalamualaikum wbt
Subhanallah, alhamdulillah, allahuakhbar!

ALHAMDULILLAH

My first on call was uneventful, alhamdulillah...praise all to Allah. I prayed that no OT pending yesterday...syukur dimakbulkan Allah.

2EF is a cool ward to learn lots of things; particuarly procedures. Alhamdulillah, did desloughing of bedsore and basic wound dressing this morning.

The toughest part in work is breaking bad news. MasyaAllah saya tidak pandai menyusun kata; tapi pada masa yang sama saya mesti berterus terang. Peluang hidup dalam seseorang akibat kecederaan teruk/ kanser/sebagainya tidak dapat diungkapkan dalam bentuk peratusan. Mengapa? Hidup mati seseorang tertakluk pada Allah. Saya tidak boleh berkata; peluang hidup dia hanya 10% atau sebagainya. Apa yang saya boleh sampaikan ialah dari segi perubatan; harapan tinggi atau sebaliknya. Masyaallah.

What i learned yesterday during on call?

Sifat merendah diri. Bukan bermaksud di sini merendah-rendah diri hingga dipijak orang.

Biarlah kita specialist atau big boss dengan ilmu yang tinggi...apa yang penting? Share your knowledge; be as humble as possible. Barulah berkat, kan??

Jangan memandang rendah pada orang lain; hanya berdasarkan kekurangan jelas orang itu.
Sudah lumrah hidup untuk kita cepat membuat penilaian pada orang lain dan menumpukan pada keburukan; berbanding kelebihannya. Marilah bermuhasabah diri!

Semasa on call; sementara kerja sudah selesai dan tiada admission baru; saya menyampaikan khabar pada staff nurse untuk menghubungi saya jikalau ada admission baru kerana hendak tidur di ruang solat sebentar. Disebabkan hari hujung mingggu, admission tidak banyak dan kes-kes yang masuk lebih ke arah kes MVA (motor vehicle accidents)

Ya Allah..moga aku terus tabah mengharungi jalan penuh liku-liku ini. Aku kuat keranaMu; dan tiada daya dan kekuatan selain dari Mu..amin..

No comments:

Post a Comment