Friday, July 16, 2010

Sentiasalah Beringat.....


Salam

Subhanallah, alhamdulillah, allahuakhbar!

MasyaAllah

Biarpun agak baru dalam alam pekerjaan ini; masyaAllah macam-macam pengalaman membuatkan saya berfikir dan mentafsir. Allah Maha Besar.

Pengalaman resusucitation pesakit yang terjatuh dari bangunan; wajah kawannya yang kerungsingan, pesakit yang restless biarpun intubated...memang thrill.

Jikalau pesakit tiada selera makan; saya suka bertanya apa makanan kegemarannya dan memujuknya makan. Dalam keadaan di mana pesakit yang menghidap kanser dan loss of appetite; suka saya meminta ahli keluarga memujuk serta mendapatkan makanan kesukaan pesakit. Bayangkan mereka yang dahlah tiada selera; disajikan lagi dengan makanan hospital (hehe..biase je makan time on call). Huhu

Sentiasalah beringat...

Nikmat Allah melimpah ruah tapi kita selalu ketengahkan apa yang tidak kita miliki. Contohnya...anda bangun pagi..itu pun nikmat..nikmat hidup dan bernafas di bumi ini. Anda masih diberi peluang menyebut nama Allah dan beribadah padaNya. Alhamdulillah.

Anda mandi, solat dan makan. SubhanAllah. Anda mampu menelan makanan dengan mudah. Tapi merengek kerana makanan kurang lazat (contoh je). Imagine ada insan lain yang tidak mampu menelan; atau mungkin jika menelan makanan tersekat disebabkan penyakit tertentu. Atau barangkali mereka hanya feeding melalui tiub (nasogastric tube). Fikirkanlah.


Anda whoosh dengan mudah (buang air kecil/besar). Itu juga nikmat Allah. Ada insan lain tidak lagi dapat buang air melalui saluran biasa. Sebagai contoh pesakit yang sudah melalui pembedahan usus besar d mana mereka buang air melalui beg yang ditampal pada badan mereka. Beg yang dipenuhi najis ditukar berulang kali. Wajah mereka ceria biarpun dugaan mereka ...hanya Allah yang tahu. Bayangkan..fikirkanlah.


Moga kita semua sentiasa beringat. Nikmat Allah itu amatlah besar dan bila-bila masa sahaja dapat ditarik tanpa diduga. Maka...bersyukurlah dengan segala nikmat Allah dan bersabarlah biarpun berat mana sekalipun ujian Allah. Ada hikmah indah di sebalik setiapnya. INSYAALLAH!


(important reminder to myself!!)

No comments:

Post a Comment