Photobucket

Thursday, October 28, 2010

Hidup "MESTI" Mujahadah!

Salam to all
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!!


“Hidup perlu mujahadah, biarlah perit mana sekalipun, jangan mengalah pada yang batil.”
Jannah melabuhkan pandangan jauh dan melepaskan keluhan yang berat. Cepat-cepat dia beristighfar sekilas kemudian kerana mengeluh itu memang satu “habit” yang selalu cuba dia singkirkan jauh-jauh dari dirinya. Kejadian petang kelmarin menjelma kembali ke fikiran….

“Panjangnya tudung awak ni.” Tegur seorang senior dengan nada bergurau. Kata-katanya disambut hilaian ketawa oleh rakan-rakannya yang lain. Sambungnya lagi, “Lagi labuh dari tudung aku masa sekolah agama dulu, hahaha..” sahutan gelak ketawa memecah kesunyian. “Yelah, tunduk je bile jalan, tak bergaul sangat dengan lelaki, dan bercakap dengan lelaki bile perlu je, hehehe.” Jannah yang pada mulanya tersenyum menyangka gurauan semata-mata; tiba-tiba riak wajahnya berubah. “Ya Allah..hamba-hambaMu ini tidak tahu barangkali, ampunkanlah mereka..”bisik hati Jannah.

“Ya Allah..persepsi manusia pada pakaianku ini tidak sekali-kali meruntunkan semangatku bermujahadah menjaga auratku. Aku yakin ayat-ayat cinta dalam kalamullah yang menyuruh kaum hawa menjaga pandangan dan aurat mereka dalam surah al ahzab:59 dan an Nur:31 bukan sia-sia tetapi amat tinggi hikmahnya dan selaku hambaNya yang beriman, aku WAJIB menturutinya tanpa mempersoalkannya sebagai tanda keimanan kepada Allah SWT!” monolognya sendirian.





Jannah tersenyum semula. Anehnya dunia kini, manusia memperendahkan syari’at Allah dengan sewenang-wenangnya. ASTAGHFIRULLAH..INDAHNYA HIDUP JIKA BERLANDASKAN SYARI’AT!!

Jannah memandang jubah coklat mudanya yang sedondon dengan tudung labuhnya. Andai kata tudungnya cecah ke lantai sekalipun, itu tidak bermakna lagi tinggi imannya berbanding orang lain. Dia teringat bait-bait kata naqibah dalam usrah mingguan di university dahulu..”Salah satu cabang iman ialah sifat…malu.” Malu? Ya! Kaum hawa mesti disirami dengan sifat malu..malu di hadapan Allah andai tidak menutup aurat dengan sempurna. Inilah ‘trademark’ pakaiannya dan dia berbangga dengannya!



HIDUP MESTI MUJAHADAH!!!

No comments:

Post a Comment