Thursday, October 7, 2010

Pada Hari itu....

Salam to all
Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Jagalah hablumminaAllah, tapi jangan lupakan habluminannas (hubungan sesama manusia).

Allah menjadikan kita semua berlainan; baik luaran mahupun dalaman. Teringat satu ketika Allah ketemukan saya dengan seorang nenek tua di tempat menunggu berhadapan hospital. Wajahnya lembut; beliau terus memulakan perbualan setelah saya menyapanya. Sungguh; melihatkan wajahnya; jelas terpancar kerisauan dalam hatinya.

"Nenek dah tua, suami dah takda. Anak sorang je, tu pun jauh.." beliau merintih. Sambil mencari-cari kelibat kereta suami; bimbang jika tidak menyedari suami menunggu. "Allah menjadikan kita ni macam-macam bentuk, rupa, ada hitam...ada putih."bicaranya. "Tapi kita semua ni sama saja di sisi-Nya. Apa yang beza? Amalan." ada ketegasan dalam suara lembutnya.

"Di syurga, semuanya indah. fikir je apa saja, semua dapat." Saya tersenyum. Indahnya syurga, semua inginkannya tapi kenapa kita sering alpa?

Apa yang jelas, saya yakin Allah sedanga mengingatkan diri ini. Insan yang sering alpa dan perlu sering diperingatkan agar tidak lalai. Apa 'key' pada ini? ZIKRULLAH.

Perbualan kami agak panjang, dan ingin lagi melanjutkan perbualan. Tatkal melihat kelibat suami; saya menyelami tangan nenek. Matanya sayu, seolah-olah banyak lagi perkara yang hendak diperkatakan pada saya. Ya Allah..



Pantai yang menenangkan.............(Batu Burok, Kuala Terengganu)

Masjid Terapung, Kuala Terengganu tatkala Subuh




Sunrise...Bukit Tinggi


Oops next oncall lusa...time to re-energize!!!

1 comment:

  1. assalamualaikum akak....sy pelajar dr uia...terbace blog ni...ingin sangat untuk mengenali akak...sebelum itu,sy patut panggil akak or dr ye?kalau akak ader ym...boleh bersembang terutama nyer sal usrah?

    ReplyDelete