Photobucket

Saturday, October 23, 2010

Perbaharui Niat

Salam to all
SubhanAllah, alhamdulillah, allahuakhbar!

Tersenyum membaca tulisan Ustaz Zul Ramli dalam bukunya U-Turn ke jalan Lurus iaitu: Setiap butir pasir mempunyai hikmah tersirat. SUBHANALLAH...

Setiap perkara dalam hidup ini indah susunannya. Alhamdulillah ada mesej yang masih melekat d minda selapsa ceramah dalam kem selama 3 hari ini. PERBAHARUI NIAT..sebaiknya setiap hari!






Berapa orang di antara kita yang berniat setiap hari ; untuk bekerja niatkan kerana Allah sebelum ke tempat kerja?

Mari sama-sama fikirkan. Bagi mereka yang makan gaji; adakah kita bekerja dengan penuh keikhlasan dan bersungguh-sungguh? Cuba kita sama-saam fikir sejenak; adakah gaji yang kita peroleh benar-benar dari usaha kita atau adakah kita makan gaji buta? nauzubillah..

Mari niatkan semua perkara positif kerana Allah, moga kita dapat sama-sama merasai keberkatannya. Jika hendak ke tempat kerja pun berasa gembira dan semangat! insyaAllah!







Mari bermujahadah melawan sifat-sifat mazmumah dari diri kita. Memang sukar, kan? Buangkan sikap malas, pemarah, tidak sabar, kasar....dari diri kita. Mari persiapkan diri menghadapNya pada hari Akhirat kelak..insyaallah!
JOM PERBAHARUI NIAT SETIAP HARI dan BERSEMANGAT SOKMO!!

No comments:

Post a Comment