Photobucket

Thursday, November 25, 2010

Membuka Lembaran Baru....

Salam to all
Subhanallah, alhamdulillah, allahuakhbar!

"Hajar isteriku, aku meyerahkanmu kepada Allah. Aku menyerahkan dirimu dan Ismail sepenuhnya ke dalam lindungan kuasaNya. Aku tidak dapat membekalkanmu apa-apa. Aku mewasiatkanmu solat dan sabar.."

Kata-kata Nabi Ibrahim AS memberikan kekuatan luar biasa buat Siti Hajar; serikandi Nabi Ibrahim.

Berikutlah petikan kisah kekuatan luar biasa seorang wanita biasa; Siti Hajar yang merupakan hamba suatu ketika dahulu sebelum Allah memilihnya untuk dibebaskan oleh Firaun dan seterusnya ditakdirkan Allah untuk bernikah dan menjadi isteri kedua nabi Ibrahim AS.

SUBHANALLAH.....kisah ini amat menyentuh jiwa saya. Apa tidaknya; terasa juga hati kerana selama ini ada kalanya tidak berasa tabah dengan ujian Allah. Mari sama-sama mengingatkan diri bahawa ujian Allah amatlah luas hikmahnya; antara kita melihat dan menghayati hikmahnya atau tidak. Maka; apa pengajaran yang saya dapat dari pengorbanan Siti Hajar ini?


Japanese Garden, Bukit Tinggi


1) Sentiasa BERSYUKUR. Siti Sarah pernah merasai dengki akan Siti Hajar yang dianugerakan Ilahi kemampuan mengandung dan melahirkan anak. Hasutan syaitan menyebabkannya akhirnya meminta nabi Ibrahim membawa Siti Hajar keluar rumahnya dan ke suatu tempat yang jauh dari matanya. Siti Sarah; isteri pertamanya; dihasut syaitan hingga lupa akan nilai bersyukur memiliki suami yang sangat disayangi Allah dan amat taat akan perintah Allah. Nilai syukur dapat meningkatkan keimanan kita kerana kita lebih merasai ketenangan di sebalik nikmat pemberian Allah. Bersyukurlah, kelak insyaAllah hatimu sentiasa tenang despite all the hardships you face :)

2) Taat pada suami. Teringat kisah apabila Firaun mendengar kisah kecantikan Siti Sarah dan ingin memilikinya. nabi Ibrahim tetap menyuruhnya pergi menghadap Firaun dan memasuki kamar Firaun. Nabi meyakinkan Siti Sarah bahawa jika dia taat padanya dan beriman pada Allah, insyaAllah mereka selamat. Subhanallah, tiba-tiba tangan Firauan menjadi kaku apabila dia mahu menyentuh Sarah. akirnya mereka selamat dan firaun membebaskan siti Hajar. Kesetiaan Siti Sarah pada suaminya patut menjadi ikhtibar pada kita semua :)

3) Sabar dan tabah kerana Allah.
Kisah Siti Hajar yang sanagat tabah mencari air buat anaknya nabi Ismail as amatlah mengagumkan :) Setiap keringat dari mencari air cepat2 dia titiskan ke dalam mulut ismail yang merengek kelaparan dan kehausan. SubhanAllah!
Kisah kekuatan cinta, iman dan pengorbanan Siti Hajar ini amatlah bermanfaat untuk kita jadikan ikhtibar. Pada ketika saya melihat tajuk "IBUNDA HAJAR' di MPH; kuat hati ini untuk terus memiliki buku ini dek kurang ilmu mengenai kisah ini.

Alhamdulillah; kisah ini memberikan semangat buat diri untuk sekurang-kurangnya menghayati dan mencontohi beliau. Malah; memberikan momentum untuk membuka lembaran baru untuk sentiasa memperbaiki diri, insyaAllah :)
ps: zauji jauh di mata; tapi dekat di hati :)

No comments:

Post a Comment