SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!
Kalam itu terbiar atas meja. Jika dibiarkan lama; pasti berhabuk. Jika tidak pun; bila dibuka; ada bunyi kuak seolah-olah baru dibuka.
Aku memandangnya dan kalam itu memandang kembali ke arahku. Tiada perubahan.
itulah al Quran; kalam Allah yang ditinggalkan buat pedoman kita. Ada nikmat ketenangan apabila membacanya; Subhanallah. malah mendengar orang lain membacanya biarpun jika merangkak sekalipun; pasti menimbulkan kesyahduan. Inilah kebesaran Allah.
Teringat umi memaksa diri ini mengikuti kelas Quran. Degil sungguh diri ini; rasa berat untuk menggagahkan diri ke kelas yang tidak jauh dari rumah. Macam-macam alasan diberi contohnya; takut dikejar anjing jalanan. Hahaha.
Jika kita hayati sama-sama; nikmat ketenangan ini sungguh membahagiakan jiwa. Kadar jantung terkawal; malah membantu melancarkan fungsi badan seperti pengaliran darah; degupan jantung, metabolisma badan dan sebagainya. Tapi bagaimana??
Zikrullah. Ingati Allah..pengalaman bekerja di hospital banyak mengajar saya, alhamdulillah.
Saya pernah menyaksikan kes yang mana pesakit yang di'schedule'kan ke blik bedah pada keesokan harinya tiba-tiba sesak nafas; sebenarnya dia takut hingga "hyperventilating"=bernafas laju dan pendek. Dia enggan membuka matanya; terpaksa diberikan bantuan oksigen. Kami cuba menenangkannya dengan memujuknya berselawat dan ingati Allah. Ketakutannya terlalu tinggi hingga terpaksa di intubasi kerana bacaan ABG yang ke arah asidosis dan demi melindungi saluran nafasnya.
SubhanAllah..
Nikmat ketenangan ada di mana-mana. Namun tidak dapat menandingi nikmat ketenangan mengingati Allah, serta menghayati hikmah di sebalik setiap ujianNya. Boleh jadi ujian Allah itu berat pada pandangan kita; namun jika kita berupaya menghadapinya dengan redha dan sabar; insyaAllah kita dapat merasai nikmat ketenangan itu. ..
Senyumlah di sebalik kepedihan; dan kesusahan. Allah kan ada!
No comments:
Post a Comment