
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!
SubhanAllah...saya tersenyum di sebalik hikmah yang cuba Allah sampaikan pada diri ini. Di kala kemudahan; kita mudah alpa. Gembira dan terus terlalai. Sehinggalah Allah berikan ujian yang membuatkan diri tersentak. Apa hikmah disebalik semua ini??
Melihat kelibat kanak-kanak di wad, tenat terbaring dengan drip di tangan, kena cucuk berkali-kali ; sungguh menyayat hati. Ada juga kelibat mereka yang dah mula kebah demam; dok berlari-lari keliling wad. MasyaAllah riangnya mereka ini. Kadang-kadang tergelak kerana terpaksa menyogok adik2 ini dengan coklat untuk mengambil darah mereka. Mudah sahaja umpan mengena. Mana tidaknya; gerangan coklat bola2.ahaha...
Anak, kurniaan Tuhan. Insan dilahirkan suci dan tidak berdosa. Merengek lapar, merengek hendak buang air, gelak dan senyum sendiri juga. Di kala keletihan di wad; melihat wajah-wajah anak-anak ini; hilang rasa letih. SubhanAllah..


Senyum sokmo!
Ya Allah, aku redha dengan ujianMu ini, moga Engkau menggantikan dengan lebih baik. Syukur atas segala ujian dan nikmat kurnianMu.. [saya suka ayat nie..menjadikan perasaan y lemah kembali kuat]...=)
ReplyDeleteMoga kuat sokmo kakakku :)
ReplyDeleteBe strong..InsyaAllah yang terbaik itu menanti buat hambaNya yang bersabar..Akak, amal akan masuk 3rd year kali ke-2..doakan kamisemua berjaya jadi doktor yang kukuh pegangan agamanya ya :) sayang kak fatin sokmo..