Photobucket

Sunday, October 6, 2013

Cinta Kelas Tertinggi

Aku terpana
Kehilangan yang kusayangi sekelip mata
Sangkaanku semuanya aku yang punya
Tapi rupanya aku lalai
Kerana semuanya Allah yang punya

Aku terdiam
Di kala kesedihan
Dengan ujian yang menimpa
Sekali lagi aku terpana
Melihat anak kecil menderita sakit
Betapa tabahnya hati si ibu
Aku terlepas pandang
Ya Rabbi..kecil sahaja ujianku ini
Berbanding perit hati si kecil

Aku terpaku
Melihat senyuman sahabat sejati
Kehilangan anak pada kandungan
Hampir sahaja menjengah ke bumi
Tapi nyawanya ditarik Allah
Betapa teguh hatinya
Bersangka baik pada Allah
Ya Allah aku tidak sekuat itu

Aku tersenyum
Melihat kegembiraan sahabatku
Menerima anugerah indah dari Allah
Setelah melalui jalan penuh liku
Dan aku teringat
Allah sentiasa bersama orang yang sabar
Aku cuba tabahkan hati
Memberi inspirasi kepada sahabat
Dengan harapan
Mudahan hatiku setabah Bilal bin Rabah






Ya Allah
Hebatnya aturan Mu
UjianMu bagai mehnah darimu
Sentuhan kasih dariMu
Aku cintakanMu Ya Allah
Mudahan pada hari terakhirku
Aku dapat tersenyum
Dapat menatap kekasihku
Cinta kelas tertinggi
SubhanAllah!

No comments:

Post a Comment