Photobucket

Tuesday, August 11, 2009

Kegagalan itu Rezeki??



Alhamdulillah..perut berkeroncong macam lagu rentak rancak Rabbani, tiba-tiba terus rakan sebilik offer makan malam..alhamdulillah.. Sejurus sebelum itu, kakak kepada junior yang amat disayangi menelefon hendak menghantar makanan, Alhamdulillah… MasyaAllah, rezeki Allah itu ada di mana sahaja, dan pada bila-bila masa. Allah menjadikan hambaNya tadi sebagai perantara untuk memberikan makanan pada saya..MasyaAllah, besar pengertiannya itu apabila dihayati dan direnungi betul-betul. Benar, kadang-kadang saya terlepas pandang pada hal “kecil” seperti itu.

Dalam sesi pembelajaran revision tadi, saya tiba-tiba teringat musibah Allah yang menimpa diri, terus hati beristighfar..Astaghfirullahalazim…., mengapalah saya ni nak mengingati hal yang telah lepas, bukankah bodoh namanya? Adakah saya mampu mengembalikan hal yang lalu dan memperbetulkannya? Tidak sama sekali. Masa berjalan dan meninggalkan kita, kita yang mesti memburu masa. Itulah bisikan2 syaitan yang memang tidak jemu-jemu dalam melalaikan manusia.
Teringat saya pada pesanan Ustazah Marie. Kata-katanya berbisa bagi saya seakan-akan terkena pada kepala sendiri. “Jangan terlalu banyak berfikir. Syaitan akan mengganggu kamu dan menjadikan kamu was-was dengan apa yang kamu lakukan.” Sudah tentu ada kebenaran dalam kata-katanya.

Hati girang dan bersyukur dengan apa yang saya sedang hadapi sekarang. Adakah kegagalan ini satu rezeki?? Bagi diri ini, jawapannya YA! Amatlah bersyukur..MasyaAllah, tidak tergambar perasaan ini. Jikalau Allah tidak menggagalkan diri ini, mana mungkin saya berpeluang lebih mendampingi sahabiah solehah, mengikuti Kuliah Ustaz, melawat sahabiah sakit di hospital, dan masyaAllah banyak lagi. Mana mungkin diri ini dapat mula berpurdah. Mungkin bunyinya riak, saya hanya berniat berkongsi dengan pembaca bahawa diri ini sudah merasai hikmah di sebalik musibah yang melanda, Alhamdulillah!!

Rezeki biasanya dikaitkan dengan sesuatu yang positif, namun bagi saya, apa sahaja musibah yang melanda seseorang juga boleh dianggap sebagai rezeki. Lihatlah setiap kejadian dari sudut positif, insyaAllah, hidup menjadi tenang kerana diri sentiasa mengingati Allah..insyaAllah..


No comments:

Post a Comment