Tuesday, September 8, 2009

Keperibadian Doktor......Cukup sopankah??!!


Salam.........:)


Anak-anak terikut-ikut dengan apa yang dipertontonkan kepada mereka seharian. Paling jelas...mak ayah mereka. Anak-anak diumpamakan bagai kain putih yang suci bersih, menunggu sahaja warna-warna yang bakal tercolet pada kain putih itu. Jika kotor dengan warna coklat dan hitam, maka itulah kesannya pada hati mereka. Jika kekal cantik, putih dan suci, maka insyaAllah itulah kesannya pada hati nurani mereka selagimana mereka berusaha mengekalkannya sedemikian.


Nak samakan gambaran ini dengan para pelajar perubatan? Mereka dipertontonkan dengan sifat "empathy" dan "dedication" para doktor. Namun, adakah semua doktor berperangai sedemikian? Saya sendiri selalu mengingatkan diri supaya menilai sebelum mencontohi. Contohi sifat-sifat peribadi doktor yang positif sahaja. Bencilah kemungkaran. Jangan terikut-ikut dengan doktor yang bersikap kasar dan tidak menghormati pesakit. Disebabkan sering disajikan dengan perangai doktor sedemikian hampir setiap hari, pelajar perubatan berpotensi untuk terikut-ikut secara tidak sengaja...


Senario biasa di bilik bersalin hospital.......(kisah benar, bukan sekadar rekaan)

"Teran! Teran!! Semangatlah sikit, kesian bayi tu, lemas nanti!! Cepatlah...tulah, gatal sangat mengandung muda!!"jerit midwife. Tidak lama kemudian datanglah doktor muda dalam situasi itu. Dengan kasarnya, doktor itu menarik kedua-dua kaki pesakit supaya lebih terbuka untuk memudahkan laluan kepala bayi. Bermulalah sesi jerit-menjerit di kalangan doktor dan midwives yang ada. Saya yang pada ketika itu bertugas meng'assist' delivery hanya mampu menggelengkan kepala dan bersimpati terhadap pesakit. Saya tidak mampu menegur mereka pada ketika itu memandangkan saya hanyalah pelajar perubatan yang mengejar prosedur. Hati ini penuh perasaan kekesalan kerana tidak mampu mengubah keadaan. Namun, yang jelas, these medical practitioners are unethical and display horrendous examples!!! Saya tidak bertujuan mengumpat, saya ingin menjadikan hal ini sebagai pengajaran buat semua, insyaAllah.

Astaghfirullah, janganlah hanya Islam pada nama, namun tidak mempraktikkan Islam dalam kehidupan! Bukankah Islam telah menggariskan sifat-sifat murni? Bukankah Rasulallah SAW adalah ikon dan qudwah hasanah untuk kita sama-sama contohi? Ya Allah, nak menitis air mata ini...Rasulallah..Aku amat merinduimu! Mana perginya nilai-nilai keislaman kita???!!!


Cubalah jadi seperti ini..."Kak, bukaan akak sekarang dah 8cm, sikit lagi tu kak...Banyakkkan berselawat, kuatkan semangat ya kak..." daripada memaki hamun pesakit. Bayangkanlah, pesakit dahlah sakit (nama pun pesakit!), pahtu menjerit-jerit pada pesakit, lagilah perit rasanya!

Saya melakukan observation dalam wad hospital, bukan sahaja pada pesakit, tetapi juga cara doktor melakukan tugasan mereka. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Alangkah indahnya jika para doktor Islam khususnya; senyum dengan ikhlas semasa bertemu dengan pesakit dan tidak bersikap kasar! Tengok senyuman manis doktor pun adakalanya serba-sedikit memadai untuk menghilangkan rasa sakit pada ketika itu.

Teringat saya pada nasihat seorang pakar bedah Muslim pada saya pada ketika dahulu.;"Doktor mesti ada iman!" Imanlah pembenteng teguh kita. Sejauh mana sibuk pun kita dalam alam pekerjaan, jika kita mampu untuk berusaha meingkatkan keimanan, insyaAllah segala perbuatan kita bersandarkan kepada Allah dan membawa barakah. Mengapa? Kita menjadikan pekerjaan kita itu sebagai satu bentuk ibadah yang semestinya berpaksikan syari'at.

Kata-kata as-Syahid Hassan al Banna akan sentiasa terngiang-ngiang dalam fikiran, iaitu "Medan cakap lebih luas daripada medan amal" Moga artikel ini dapat mengingatkan diri dan kalian untuk menjadi 'A FULL TIME MUSLEM!'..InsyaAllah..

p.s: bukan semua doktor macam tu, :p

2 comments:

  1. salam 'alaik.. sy slalu g hosp. prnh 2 kali operation & lam jgk duk kt wad, selalu jmp doc mcm tuh, yg suka maki hamun pesakit. teringin sgt nk jmpa doc islam yg beriman..yg mghormati pesakit. moga akak, di antara doc islam yg beriman itu. amin

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..kesian Hidayah...inilah senarionyang selalu dilihat sebenarnya, huhu.

    insyaAllah, moga dapat menjadi bukan sahaja seorang doktor muslimah, tetapi juga yang mukminah, amin..

    syukran hidayah!!

    ReplyDelete