Friday, November 27, 2009

Universiti Kehidupan.....

Assalamualaikum wbt..

SubhanAllah, walhamdulillah, wa Allahuakhbar!!!

"Universiti Kehidupan"...wujudkah? Setahu saya wujud UNIMAS (hehe, im promoting here)...
Cuba kita singkap bersama, insyaAllah. Kita semua sedang melalui "universiti kehidupan", tanpa mengira siapa kita, usia kita baik di mana shaja kita berada. Kita semua sedang malalui fasa 'peperiksaan' dalam 'Universiti Kehidupan', MasyaAllah.

Dalam 'universiti' ini kita disajikan dengan bermacam-macam 'peperiksaan' dengan tahap kesukaran yang pelbagai. Ada yang berjaya; dan sedang malalui hidup dengan tenang serta sedang bersiap-sedia dengan peperiksaan akan datang yang tidak ditetapkan tarikhnya. Hanya Allah yang tahu! Ada pula yang tersungkur dan sedang berusaha meningkatkan usaha untuk lulus dengan cemerlang dalam ujian yang Allah sajikan untuknya. SubhanAllah!

"Hidup ini umpama bunga. Bunga yang kian mekar jika disirami dengan air ketakwaan akan layu juga jika diabaikan dan dipersisihkan. Jadilah bunga-bunga yang mekar di taman, menjadi penyejuk mata dan penyinar harapan!"




Saya kian sedar. Saya bukan lagi seorang pelajar universiti. Namun saya masih seorang pelajar "Universiti Kehidupan" yang mana peranan dan tanggungjawab saya insyaAllah akan berterusan demi mengabdikan diri kepadaNya. Allah, syurga firdausi sebagai target utama, Rasulallah SAW sebagai qudwah hasanah, umi wa abi sebagai sifu dan pendokong diri dan keluarga tercinta sebagai penyeri hati. Ya Allah, moga aku sentiasa lulus dalam "universiti Kehidupan" Mu ini. Bukan sahaja lulus cukuup makan, tetapi lulus dengan cemerlang, amin!!

Ya Allah, aku bersyukur dengan segala nikmat dan ujianMu ini.....sob sob

Sekarang semangat mengemas untuk pulang masih muram..mungkin hati sudah melekat di sini. Tempat diriku ditarbiyyah, berubah, dan bermacam-macam pengalaman Allah telah anugerahkan buat diri, subhanAllah!



Macam mana nak start packing?? fuh...banyaknya! :)


Buku-buku yang sedang menunggu tuannya untuk dimasukkan ke dalam kotak-kotak...hehe


"Cik Iman....kami nak balik Semenanjung!!" buku-buku ni menjerit!!

p.s: doakan saya ya :)

1 comment:

  1. salam'alaik, kak fatin..
    kelak kamek akan rindu kitak di semenanjung nun :) insya-ALLAH nnt kita jumpa ya di peninsular of malaysia..dirimu akan dikenang dan dirindui selalu.

    Entry yang best, Universiti Kehidupan di mana tiada siapa yang dapat lari daripada menghadapinya. Hanya keimanan dan ketaqwaan yang membezakan bagaimana perjalanan itu di akhirnya. Waallahu'alam.

    sayang kak fatin!!!!

    ReplyDelete