Saturday, December 12, 2009

Semangat "Beragama"!

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, Alhamdulillah, wa Allahuakhbar!

Ya Allah..rindunya aku pada tempatku menuntut ilmu sejak 5 1/2 tahun, asing bagiku pada mulanya, namun penuh dengan pengalaman indah mahupun pahit kurniaanMu. Aku bersyukur!!

Fakulti kami ni antara yang mempunyai jumlah pelajar yang sedikit. Jika mahu dibandingkan dengan universiti tekemuka lain; UM, USM, UPM, kami kurang menonjol. Tapi saya melihat fakulti ini sebagai satu kelebihan! Pensyarah-pensyarah akrab dengan pelajar-pelajarnya. Segan juga apabila mereka yang menegur saya dahulu sebelum sempat saya menegur mereka (malu, huhu). "Iman, pergi mana tu?" tegur "bapa'ku di sana. Tersentak dan terkejut,"Assalamualaikum prof, oh mahu ke kelas," jawabku. Masih terkejut. Entah dari mana pensyarah ku datang, tiba-tiba muncul depan mata. Hehe..

Dalam "interview" pihak SPA baru-baru ini, satu soalan yang dilontarkan oleh mereka telah menarik perhatian saya. "Iman, apa keistimewaan universiti anda jika dibandingkan dengan universiti-universiti lain?" Salah satu jawapan saya; ramai pensyarah foreigner. Biarpun ramai pelajar keluh-kesah dengan fakta ini disebabkan kurangnya pensyarah lecturer yang jauh ebih berpengalaman "practice" di Malaysia, saya melihat ini dari sudut lain. Inilah salah satu kekuatan fakulti ini :p

Dalam klinik ENT (Ear,Nose & Throat) pada 2 tahun lepas....saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain mengikuti sesi klinik bersama pensyarah dari Myanmar. Beliau telah memeluk Islam beberapa tahun yang lalu. Berlemah-lembut dalam tutur kata serta baik dengan pelajar membuatkan kami menyenanginya.

Seorang ibu dan anaknya masuk ke salah satu bilik dalam klinik. Saya mengamati penampilan ibunya. Tidak ingat pula saya apa masalah kesihatan anaknya, namun satu soalan yang dilontarkan oleh pensyarah kepada salah seorang rakan saya masih lekat dalam fikiran hingga ke hari ini. Sifat curiosity dan enthusiasm tinggi pada Islam yang mengalir dalam dirinya begitu menyentuh hati-hati kami. Selepas sesi klinik, beliau bertanya, "Apakah pemakaian terbaik buat seorang muslimah? Bolehkah dia berpakaian seperti itu dalam Islam?" Saya tersenyum :) Rakan saya menjawab persoalan beliau, dan beliau tersenyum!

Biarpun beliau tidak menguasai Bahasa Melayu dengan baik, beliau rajin menghadirkan diri ke hampir semua aktiviti fakulti berbentuk keagamaan seperti Iftar, ceramah agama, dan sebagainya. Biarpun beliau kurang memahami apa yang disampaikan oleh penceramah dalam Bahasa melayu!



SubhanAllah! Saya amat mengaguminya. Allah mencampakkan hidayah ke dalam hati-hati sesiapa sahaja yang dikehendakiNya!
Saya bersyukur dilahirkan dalam Islam. Bagi mereka yang tidak lahir sebagai seorang muslim, saya dapat mengamati bahawa mereka lebih appreciate Islam. SubhanAllah!
Marilah kita tanamkan semangat "beragama"..bukan sekadar Islam pada nama, tetapi jadilah orang Islam yang tulen, a "24-hour Muslem"!

No comments:

Post a Comment