Thursday, March 25, 2010

"Service" dan "upgrade" Hati....

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

"Hati kita umpama satu rumah. Jangan biarkan ia kosong. Isilah dengan zikrullah, zikrulmaut. Kalau dibiarkan kosong, hati kita mudah dihuni dan ditumbuhi tompok2 hitam..."

Kata-kata nasihat ustaz pada kami di hospital; di kala menjaga sahabat yang sakit..membuatkan saya berfikir. Ya Allah..dalam maksudnya. Sangat menginsafkan.

Bayangkan rumah yang ditinggalkan untuk setahun dua tanpa dibela dan diuruskan. Apa yang kita temui setelah sekian lama? Sawang, sarang lelabah (hehe), habuk setebal beberapa inci dan sebagainya. Itulah yang cuba ustaz minta kami bayangkan sebagai contoh.

Hati yang tidak dijaga, dihantar service (eg; ke masjid, dengar tazkirah), tiada maintenance, tidak di upgrade..Apa kesannya?

Hati yang tidak tenang. Sifat amarah bermaharajalela. Syaitan bersorakan dan berpesta. Jiwa bergelora, muka pun menjadi kusam. Benar...jiwa yang bersih dapat ditonjolan pada wajah yang sungguh menenangkan. MasyaAllah.

MASYAALLAH...

"Ya Allah, kuatkanlah hati-hati kami dalam menghadapi apa jua dugaanMu, semuanya penuh dengan hikmah dan dapat dirasai hanya dengan sifat keredhaan dan kesabaran yang tinggi. Ya Allah, moga hati-hati kami terdidik dengan sifat-sifat mahmudah, dan moga iman kami sentiasa kental biarpun dalam kesukaran. Ya Allah, syukur atas dugaanMu, kerana membentuk peribadi kami. Amin ya Rabbal 'alamin... "

Hati pun nak kene "service"...bukan kereta je :p

No comments:

Post a Comment